Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

islamic Pictures, Images and Photos

Tuesday, August 25, 2009


UNTUKMU LELAKI
........CARILAH WANITA SECANTIK BIDADARI........
Angkatlah pandanganmu terhadap para wanita
Yang amal soleh adalah mas kahwin mereka
Bisikkan pada jiwa tentang cinta pertama
Mencintai mereka adalah niaga yang laba
Berusahalah untuk mendapatkan mereka
Jika ada jalan dan telah tiba saatnya
Janganlah pandanganmu liar di sekitar
Jika engkau ingin cintamu selalu mekar
Wahai orang yang memanggil dan mencari bidadari
Agar dapat bercumbu dengannya ditaman-taman syurgawi
Andaikata kau tahu siapa yang kau seru
Tentu kau tidak diam saja membisu
Andaikata kau tahu di mana dia berada
Kau akan berusaha dengan sekuat tenaga
Segeralah dan tapaki jalan menuju ke sana
Kerana jalan yang kau tempuh tidak lama akan tiba
Bercintalah dan berbicaralah di dalam kalbu
Persiapkan mas kahwin selagi kau mampu untuk itu
Jadikan pusaramu sebagai bekal untuk pertemuan
Malam pertama adalah malam fitri sesuai Ramadhan
Harapkan kecantikan dan keindahannya yang memikat
Hampirilah sang kekasih dan jangan kau terlambat
Wahai orang yang berthawaf di Kaabah yang mulia
Yang di kelilingi bebatuan dan sendi-sendinya
Yang berlari-lari di sekitar Shafa
Setiap saat meniti jalan Sa'y yang dilaluinya
Dari jauh mereka melihat khemah dan tenda
Nampak jelas kerana sinar dan cahayanya
Hampirilah khemah-khemah dan tinggallah di sana
Di dalamnya ada rembulan tanpa ada kekurangannya
Bidadari-bidadari yang cantik jelita
Mencari pemuda-pemuda yang menjadi kekasihnya
Pandangan matanya yang indah menawan
Pandangan yang menjanjikan ketenangan
Mengapa dia harus memandang bidadari
Mahasuci yang menciptakan kecantikan sejati
Dia meminum dari gelas-gelas kecantikannya
Seperti orang yang minum kerana dahaga
Akhlak dan kecantikkannya tidak ada bandingan
Seperti bulan setelah tanggal delapan
Matahari berjalan di wajahnya yang menawan
Malam pun tunduk di bawah dedahanan
Di tempat itulah dia berdecak kagum
Bagaimana matahari dan malam boleh terangkum
Mahasuci Allah dengan segala ciptaan-Nya
Mahasuci yang menundukkan ciptaan manusia
Malam tiada mendahului matahari
Hingga datang pagi yang dini
Matahari datang bukan untuk mengusir malam
Tetapi untuk bergandingan sebagai kawan
Keduanya adalah cermin bagi yang memandang
Siapa yang ingin melihat wajah akan terlihat terang
Dia boleh melihat keelokan wajah di wajahnya
Melihat keelokannya nampak jelas di depan mata
Pipinya kemerah-merahan sangat menarik
Matanya lebar dan hitam serta berbulu lentik
Kilat menyambar tatkala dia tersenyum ceria
Menyinari atap istana dan dinding-dindingnya
Tasbih terucap kerana keindahan ciptaan-Nya
Perasaan orang yang melihat menjadi gundah gelana

No comments:

Post a Comment