Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

islamic Pictures, Images and Photos

Thursday, September 22, 2011

BILA TANGAN BERBICARA
saya selalu ke blog intan
hasil sentuhan dari azlita
bila melihat hati terpampan
kreatifnya dia jadi terkesima
mesti azlita suka mencuba
juadahnya sentiasa nampak berselera
memasak ini terapi jiwa
jadi hobi bagi yang suka
bila tengok terus nak cuba
walau tak tau lagi jadi apa
kalau memasak ikhlas sentiasa
menikmatinya juga sedap semua
azlita memasak pelbagai resepi
kreatifnya semua cara dipamerkan
ingat dulu mula-mula jadi suri
selalu ditegur cara masakan
pandainya azlita hias cheese tart
comelnya tengok sayang nak makan
memasak ini jika selalu dibuat
datanglah kepandaian dari pengalaman
terpegun tengok kek lapis surabaya
nak dicuba rasa tak yakin
suami janganlah marah buat-buat loya
masakan isteri jika termasin
saya mencuba kek karamel
cantik rupa nak tahu rasanya
biasalah suami suka membebel
maklumlah rasa tak sama macam ibunya
roxy cake azlita pelbagai warna
bijak sungguh cara kombinasinya
setiap insan memanglah tak serupa
lain tangannya lainlah bicaranya
cucur udang azlita tambah tepung beras
cara membuatnya pun tidaklah susah
jika sedap pujilah ikhlas
jika kurang kritiklah berhemah
lamanya tak makan tepung gomak
yang sedapnya hanya di terengganu sana
hargailah apa yang isteri masak
barulah lidah rasanya sempurna
mesti sedap stew daging azlita
nak cuba banyak juga bahannya
suami-suami contohilah cara Rasullullah berbicara
tentang juadah yang dihidang isteri Baginda
sedap juga asam pedas Melaka
pernahlah rasa masa duduk di Johor
kita si isteri mesti terus mencuba
janganlah berputus asa bila ditegur
abang terlupa nak beli halia
nak tiru cara azlita masak kupang
sediakanlah juadah seikhlas cuba
jika tak tenang rasa pun kurang
azlita mencuba mee bandung istimewa
katanya resepi dari emak chef wan
pelbagai corak ragam rumahtangga
seperti masakan pelbagai ramuan
emak pernah membuat nasi kebuli
rupanya sama macam azlita juga
juadah disedia dari air tangan sendiri
rasa seronok bila keluaga berselera
gebunya rupa kek chiffon gula melaka
hebat sungguh resepi azlita ini
biarlah yang memuji tak seikhlas mana
rasa bersemangat nak memasak lagi
terliur tengok sagu tembikai susu
hanya diletak dalam cawan saja
wahai isteri masaklah selalu
inilah salah satu kunci bahagia berkeluarga
petang ini nak buat pengat nangka
azlita banyak dah tunjuk jalan
kalau tak pandai teruslah mencuba
tanamkan kerajinan lupuskan kemalasan
pandainya azlita buat pau pandan inti kelapa
hanya di muar sedap dimakan
biar siapa pun kita apapun kerjaya
jadilah memasak satu kewajipan
macaroon diletak pelbagai warna
elegannya azlita letak dalam cawan
memasaklah dengan hati gembira
di situ nanti ada keberkatan

Monday, September 19, 2011

BILA HATI BERLAGU
ziarah sepupu di Hulu Langat
dijamunya mee sedapnya rasa
kadang-kadang hati jadi hangat
berlagu pilu berlagu gembira
abang terlajak masuk VIVA
katanya kedai baru dibuka
niatlah ziarah ke rumah saudara
erat jiwa sesama kita
banyak sungguh benda nak dibeli
nak jadikannya koleksi sendiri
takkan nak menjemput disyawal begini
niatlah ziarah kunjung-mengunjungi
tengok kristal silaunya mata
ikutkan nafsu nak semua
nak ke rumah kawan jauhnya ke sana
tuannya tak ada di rumah pula
katil bujang simplenya ukiran
sesuai untuk anak teruna
kita buat pelbagai alasan
menolaknya dengan pelbagai cara
mangkuk itu dah lama jadi impian
tapi duit pula tak cukup di tangan
Allah kurniakan macam-macam kawan
ada yang jadi taman ada juga jadi hutan
perabot dijual ada juga yang rotan
cantik sungguh warnanya dipandangan
dulu awak sahabat kiri kanan
kini jadi teman permusuhan
bunga itu digubahnya bersahaja
mahalnya harga nampak mewahnya
Allah memberi pelbagai rasa
untuk menguji kesabaran kita
kali ini berjalan-jalan sahaja
rasa suasana tengok sekali harganya
sayangilah seseorang berpada-pada
barulah rasa rentaknya sempurna
puas berjalan makanlah pula
cuba merasa masakan jawa
hati telah tawar rasanya
terbit rasa pahit maungnya
nak datang lagi membeli pula
hati telah terpaut di VIVA ini
hati ini remuknya berganda
moga suatu hari manisnya berganti