Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

islamic Pictures, Images and Photos

Tuesday, October 16, 2012

BERUSAHALAH JADI BAIK!!!
 
PAGI SABTU PERGI KE FESTIVAL HALAL
PASTI BERDUYUN-DUYUN ORANG KE SANA
KENAPA BANYAK MENCETUSKAN PERIHAL?
AJARLAH YANG BAIK ALANGKAH BAGUSNYA
banyak benda yang hendak dibeli
maklumlah tahun lepas sudah datang
kenapa payahnya nak muhasabah diri?
kenapa selalu mencari keburukan orang?
MAMA MEMBELI KURMA GULA
NAK MENCUBA BANYAK KHASIATNYA
MERTUA INI KADANG-KADANG MENCETUSKAN HURU-HARA
NASIHATILAH BERHEMAH SELEMBUT CARA
abang membeli kicap Tamin comel botolnya
sesuai dibuat cenderahati pelbagai acara
selalu rasa pelik mendengar cerita
perkara yang remeh selalu diperbesarkannya pula
PUAS MENCARI VITAMIN YANG ZAHIN MINTA
HAMPA KERANA TAHUN INI TIADA PULA
SEPATUTNYA ORANG TUA MEMBERI NASIHAT BERGUNA
BUKANNYA MENCARI KESALAHAN DI SINI SANA
seronok mendengar celoteh Jaafar Onn dan Chef Zam
sementara menunggu Siti Nurhaliza datang
hidup ini kan penuh liku asam dan garam
ajarlah anak menantu jangan berfikiran songsang
SITI NURHALIZA TIBA LALU DI DEPAN MAMA
ADUHAI COMELNYA SAMPAI TERKEDU BICARA
PERJALANAN KITA MEMANG TAK SAMA PELBAGAI IRAMA
APA SALAHNYA BERTANYA UNTUK MENAMBAH PENGETAHUAN BERGANDA
kali pertama melihat Siti di depan mata
memanglah seronok tapi taklah teruja sangat
alangkah bagusnya di agih-agihkan kasih sayang sama rata
barulah hati terpahat cinta terasa dekat
SITI MEMASAK GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN
BAUNYA SEDAP MENUSUK HIDUNG TERASA LAPAR
KADANG-KADANG BERTAMBAH GERAM BERKILO-KILO BERTIN-TIN
WALAU TAK KENA TEMPIASNYA JUGA RASA TERTAMPAR
dua lagi resepi Siti nak memasak
aduhai lamanya menunggu rasa tak larat
hati manusia banyak yang busuk banyak yang rosak
tanpa Iman semakinlah ia jadi berkarat
HABIS TEROKA HALAL DI PWTC
SOLAT DULU LEPAS ITU TERUS KE SOGO
HIDUP INI PERLU MUHASABAH DIRI SETIAP INCI
KOREKSI KELEMAHAN DIRI BERINGAT SOKMO
di Sogo abang membeli beg untuk ke Sarawak
nak di ambil baucer masyaallah beraturnya panjang
kadang-kadang rasa sedih sangat sebagai menantu dan anak
hanya doa menjadi penguat menambah tenang
BANYAKNYA PROMOSI DI SOGO SEPERTI SELALU
TANPA AKAL DI FIKIRAN PASTI SEMUANYA HENDAK
HIDUP INI TIDAK LEPAS HASUTAN SYAITAN DAN HAWA NAFSU
TUHAN MENEGUR SUPAYA KITA BERFIKIR SEJENAK
dari Sogo ke pasar malam bertambahlah rasa penat
ada rezeki dapatlah beli strawberi pelbagai buah
jangan lupa kasih sayang Allah ada dalam nikmat
kasih sayang-Nya juga ada dalam musibah
SELEPAS ITU SINGGAH SEBENTAR DI RUMAH EMAK
SELESAI MAKAN DAN SOLAT TERUS PULANG KE RUMAH
UJIAN RUMAHTANGGA PELBAGAI VERSI RAGAMNYA BANYAK
TANAMKAN IMAN KUATKAN HATI JANGANLAH LEMAH
aduhai hari ini rasa penatnya tak terkata
tapi tak apa rasa gembira pelajari banyak benda
lantaklah apa saja orang nak kata
jaga Iman jaga keluarga ciptalah bahagia
ZAHIN, ZAKIN DAN ZARIN DAH TIDO SUNYI SEPI
MOGA HARI INI MEREKA MEMPELAJARI PELBAGAI SUASANA
BERUSAHALAH POSITIFKAN HATI WALAU BENCANA MELANDA DIRI
HIDUPLAH KERANA MENCARI REDHO TUHAN SENTIASA
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Wednesday, October 3, 2012


WANITA
sehalus selembut ciptaan
menjadi pendamping lelaki idaman
setiap insan dijadikan berpasangan
kerana itu mereka saling memerlukan
hidup tidak bererti tanpa teman
sebagaimana malam tanpa kesiangan
WANITA
kelembutan dan sifat keibuan menghiasi
takut dan malu pendinding diri
tidak di beri pada lelaki
jagalah anugerah Ilahi
semaikanlah kemurnian di hati
hiasilah dengan budi pekerti
jadilah wanita yang diredhai
juga ibu dan isteri mithali
insyaallah dunia dan akhirat pasti diberkati
WANITA
bentangkan dirimu dengan seribu pengorbanan
pengalaman yang mengajar erti kehidupan
setiap insan lain rintangan
di uji Ilahi mengikut ketabahan
tempuhilah ia dengan kesabaran
usah melampau dengan kesenangan
usah berbangga setiap kejayaan
usah kecewa dengan kegagalan
usah merungut setiap kejadian
usah takbur dengan kelebihan
usah malu dengan kekurangan
kerana semuanya adalah ujian
menguji sekuat mana keimanan
WANITA
pertahankan dirimu dari godaan syaitan
yang mengheret manusia ke lembah kehinaan
itulah sumpah syaitan di hadapan Tuhan
WANITA
meskipun keadaan berubah mengikut zaman
al-Quran dan Sunnah jadikan pegangan
walau di mana bumi dipijak jadikan Islam sebagai junjungan
jangan dibiar iman bergoncangan
perjuagan mesti diteruskan
martabatkan Islam sepanjang zaman
pertahankan amanah Nabi junjungan
Fatimah, Siti Khadijah dan Masyitah jadikan teladan
moga hidup dunia dan akhirat mendapat kekuatan
syurga Allah menjadi idaman
 
 
 
 
 


married in white, you have choosen all right
married in grey, you will go bar away
married in black, you will wish yourself back
married in red, you will wish yourself dead
married in green, ashamed to be seen
married in blue, he will always be true
married in pearl, you will live in a whirl
married in yellow, ashamed of your bellow
married in brown, you will live out of town
married in pink, fortunes will sink
"senyuman ibarat perhiasan batin yang membantu memperindahkan perhiasan lahir yang kurang.
dengan senyuman, ke mana pun kita pergi bersinarlah cahaya kegembiraan. dengan senyuman tiada urusan yang berat dalam dunia ini. semuanya dapat diisi. justeru, apabila aku menggambarkan senyuman ia cukup membahagiakan keluarga, walau tempias sengsara masih terpercik menurap kalbu".
-HAMKA-
 
 
aku sentiasa membina harapan
tetapi terasa kekosongan dan kekeringan
di jiwa yang kudus dan ketandusan
aku melayari sejuta impian
di lautan yang tiada berpesisiran
aku selalu mencipta beribu angan
dan melarik mimpi penuh keindahan
namun segalanya terasa kekosongan
di sudut setenang ini
tersembunyi rasa pelbagai variasi
jauh sekali di sanubari
tiada siapa pun yang mengerti
apatah lagi untuk memahami
gelodak jiwa semakin bercelaru
bertalu-talu memukul benakku
tanpa rasa malu tanpa rasa jemu
bersama secebis iman dan harapan
bersalut senyuman dan lakaran impian
ku gagahi langkah sendirian
demi untuk sebuah perjuangan
melewati hari-hari depan
yang ku tinggalkan kesepian
 
 
 


Thursday, June 14, 2012


usah berbangga dengan kecantikan kita
kerana bukan kita yang menciptakannya
usah berbangga dengan keturunan kita
kerana bukan kita yang memilihnya
sebaliknya......
berbanggalah dengan AKHLAK kita
kerana kita yang mengindahkannya!!!




Thursday, May 10, 2012

detik waktu kian berjalan
berhias dalam gelap dan terang
suka duka
tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meskiku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
dirimu yang bertakhta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
-opick: RAPUH-






Wednesday, May 9, 2012


DIALAH JIRAN
pagi ini sarapan roti
minum pula air kopi
apakah kita ambil peduli
siapa jiran yang mengelilingi
sabtu lepas ke pesta buku
ramainya manusia tak terkata
kadang-kadang kita tidak tahu
mereka sendu atau sendawa
jumpa Ustaz Don rasa teruja
rancangannya bermanfaat sekali
kenalilah jiran bertegurlah sapa
walau bangsanya berbeza kanan kiri
banyaknya buku abang beli
ensiklopedia solat salah satunya
sejak kami pindah ke sini
jiran kami India dan Cina
mama membeli CINTA TIGA RASA
karya Noraslina Jusin panduan berumahtangga
ini kisah Ah Mei depan sana
dialah jiran yang sangat mesra
paling seronok Zahin dan Zakin
bukunya banyak yang dibeli
Ah Mei ini sangatlah rajin
menyiram pokok setiap hari
habis borong buku ke IKEA pula
abang kata nak cari lampu
Ah Mei bersuara satu taman bergema
sebagai jiran kami semua dah tahu
bila ke IKEA semua tempat nak diredah
mulalah berangan cara nak hias rumah
kami memberi karipap sambil ziarah
dibalasnya pula mee goreng basah
penatnya berjalan sakitnya bahu
rasa seronok walau dibelinya sikit
kali kedua kami memberi keropok Terengganu
dibalasnya pula chipsmore berpeket
dari IKEA ke Jusco pula
abang mengambil barang yang ditempah
kami memberinya pula kek istimewa
dibalasnya pula kek secret recipe untuk dijamah
seronoknya mama dapat bekas berkaca
JUSCO kat sini memang tak terjangka
kadang-kadang rasa geli hati juga
jika di beri pantas dibalasnya
cantik sungguh barang hiasan
cantik juga sarung bantal bersulam
kami memberi ikhlas sebagai jiran
moga mereka nampak indahnya Islam
balik rumah baru terasa lenguh
ketika berjalan tak ingat dunia
moga suatu masa ALLAH memasukkan hidayah
ALLAH membuka hati mereka semua
mama hanya masak sup
untuk semua sebelum terlena
salah satu nikmatnya hidup
ALLAH kurniakan jiran yang mesra
Zahin Zakin dan Zarin keletihan dah dibuai mimpi
esok ke destinasi lain pula
jiran tetangga sentiasalah dihormati
barulah hidup aman sentosa








Wednesday, March 14, 2012

Aku mengamati semua sahabat
Tetapi tidak ku temui sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah....
Aku memikirkan tentang semua pakaian
Namun tidak kutemui pakaian yang lebih baik daripada takwa....
Aku merenung tentang segala jenis amal yang baik
Namun tiada yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik....
Aku mencari segala bentuk rezeki
Tetapi aku tidak menemui rezeki yang lebih baik daripada sabar...
-KHALIFAH 'UMAR-

Friday, February 17, 2012


" KaDaNg-KaDaNg AkU MaLu PaDa DiRiKu...
AkU MaLu PaDa TuHan.....
SeTiaP KaLi Ku HiTuNg AmALkU Ku NiLaI IkHLaSkU
TeRnYaTa BaNyAk CaLaR DaN ReTaKnYa!!!!! "
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman. Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang"

Friday, January 27, 2012

DIALAH HATI
"life dosen't go as we like,
unless we had faith and might to
change time such as to move according to where we like"
ingin ku membisu tanpa kata-kata berliku
namun hati dan bicara tak sekata bersatu
ingin ku menyepi tanpa rasa menyendiri
namun tak siapa cuba untuk memahami
ingin ku melempar kepahitan yang menerjah
namun ingatan ini lebih kuat menjengah
ingin ku membenci sekeliling yang berlegar
namun ia mendekat penuh rasa segar
ingin ku campak kepedihan yang bertamu
namun ia tetap datang tanpa jemu
ingin ku menyampah yang melayanku bagai sampah
namun hati tahan sabar menjadikanku gagah
ingin ku menjauh tanpa ada yang sedar
namun hati kuat menegah terus pudar
ingin ku berteriak tanpa rasa malu
namun dalaman mangajarku tidak melulu
ingin ku marah pada bicara yang panas
namun semua itu tidak membuatku lemas
ingin ku menerajang kerana datang cuai
namun ku sedar yang disemai itu dituai
ingin ku buang segala yang tak disengajakan
namun ku tahu aku merancang Allah melaksanakan
ingin ku kurung semuanya yang datang menjengahi
namun ku tahu pertemuan yang tak dijangka lebih baik dari temujanji
ingin ku kutip yang terjatuh semuanya sekali
namun masa yang hilang takkan kembali lagi
ingin ku campak semuanya agar hilang di hati hilang di mata
namun ku pasti hidup ini bagaikan tidak berguna
DiAlAh HaTi
SeKaLi TeRLuKa
PaRuTnYa MeLekAt SaMPaI BiLa-BiLa
UbaTnYa TeTaP AdA WaLaU KeSaNnYa MaSiH TeRaSa
BiLa SeNtIaSa DeKat DeNgAn PeNcIpTa
MeNgHaRaP KeTeNaNgAN HaNyA PaDaNYA

Thursday, January 26, 2012



Wednesday, January 11, 2012


sejarah adalah tauladan hidup...
yang baik untuk dipegang
yang jahat untuk dikekang
ia laksana sebuah pohon rendang yang tumbuh
bercabang yang kukuh
beranting yang rapuh
yang bergayut pada cabangnya yang kukuh selamatlah ia
yang bergayut pada rantingnya yang rapuh celakalah ia
tauladan hidup untuk manusia yang hidup
yang sedar itu hidup
yang lalai itu mati
cerita-cerita yang melambangkan sejarah hidup insani
untuk dikenang sebagai lambang
terkumpul di dalam 100 kuntum yang kembang
100 tangkai yang tidak songsang
100 contoh yang gilang gemilang
100 tokoh wanita yang terbilang
-SYED AHMAD SEMAIT-
buku ini berjaya mengarang satu kalung dari seratus bunga
dikemukakan dengan penuh hormat dan bijaksana
untuk kaum wanita terhadap semua usaha dan tenaga
membacanya membuatkan kita meneroka
wanita arab mempunyai kekutan jiwa
ketajaman minda dan kefasihan bicara
sejarah arab dan Islam melakar ribuan pentauladanan manusia
yang terbentuk di celah-celah kedudukan dan kepahlawanannya
menjadilah ia contoh-contoh hebat sangat istimewa
yang akan dituruti oleh generasi-generasi manusia
di sepanjang zaman yang bertimpa-timpa
tiadalah hairan jika dikata
kemulian manusia arab berkait rapat dengan kaum wanitanya
seperti syair ada berkata
"punca keruhnya air kerana buruk tanahnya
punca keburukan kaum kerana buruk pernikahannya"
ibu..........adalah tempat kepercayaan sang ayah
tempat kemegahan sang anak
dan tempat kemuliaan seluruh keluarga
dia.....tempat rahsia hidup lelaki
dan tempat rahsia matinya
juga sumber kebanggaan dan kebesaran hatinya
dia juga tempat simpan kesedihan dan sumber cita-citanya
daripadanya dia dilahirkan
dan untuknya dia berusaha
penawar ada di dalam tangannya di dunia
dan syurga berada di bawah tapak kakinya di akhirat.....
bacalah ia....
moga kita bertambah sempurna untuk menutupi kekurangan yang ada......
sebagai dara,isteri pelaksana,ibu rumahtangga,wanita bekerjaya.........
terangkum semuanya di tangan kita...
untuk diambil teladannya sesempurna ia....