Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

islamic Pictures, Images and Photos

Wednesday, December 21, 2011

SUASANA BARU
sarapan pagi honey star dan susu
makan juga telur dan roti
zahin sekarang ke sekolah baru
tadika Al-Hannah namanya terpatri
sambil memandu dengar Maher Zain
semua lagunya sedap didengar
hantar zahin bersama zakin dan zarin
setiap hari berkejar-kejar
jam 7.15 pagi dah masuk kereta
sedikit awal berbanding dulu
ke sekolah baru lainnya suasana
kereta banyak berpusu-pusu
balik rumah sidai pakaian
hari ini cerahnya cuaca
zahin seronok jumpa kawan
kawan lama tidaknya dilupa
selesai menyidai ngajilah sekejap
makanan rohani mesti diisi
pengisian di sini biarlah lebih mantap
mendidik jiwa jadi berani jadi insani
selepas itu ajar pula zakin mengaji
zakin mengaji iqra' juga
setiap hari kerja rumah diberi
seronok tengok zahin membuatnya
sediakan bahan nak masak dulu
kadang-kadang buntu fikir menu
banyak beza dengan Asy-Syakirin dulu
lain tempat lainlah cikgu
sudah masak tengok martha pula
rancangan tv paling diminati
ibu ayah sekarang majoritinya bekerja
anak mereka berdikari sendiri
habis sekolah sebelas tengah hari
rupanya jalan sibuk juga
budak KAFA berlari-lari
tukar baju ke sekolah pula
zahin balik ajarnya mengaji
habis mengaji barulah makan
mereka semua transit di sini
ke sekolah petang bersama kawan-kawan
habis kerja berehat lah semua
mama menonton Wanita Hari Ini
mula-mula tengok peliknya rasa
tak pernah melihat suasana begini
bila petang angkat pula sidaian
maklumlah cuaca kadang-kadang tak menentu
budak-budak sekarang penuh keberanian
bezanya kita zaman dahulu
jam lima petang semua dah mandi
zahin dan zakin mengaji lagi
suri tak bekerja dihantar anaknya sendiri
suri bekerja mengajar anaknya berdikari
sebelum maghrib abang dah pulang
makan malam semua bersama
moga anak-anak kini lebih matang
menghadapi hidup penuh warna
sepuluh malam semua dah berdengkur
menanti cabaran esok pula
inilah seharian yang ditempuh diakur
menambah pengalaman berganda-ganda