Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

islamic Pictures, Images and Photos

Wednesday, June 17, 2009


LeLaKi iNi

pemuda-pemuda yang dipersiapkan menuju mercu kejayaan

tidak memilih agama selain ISLAM sebagai anutan

yang telah mengasuh mereka lalu menumbuhkan suatu tumbuhan

harum baunya indah pepohonnya siang dan malam saling bergantian

jika menyaksikan peperangan mereka semuanya pahlawan-pahlawan

sedia menggempur gunung ganang dan benteng-benteng pertahanan

setibanya waktu petang mereka semuanya sama kelihatan

tiada membuat sia-sia melainkan sujud-sujudan

demikianlah ISLAM membentuk anak-anak sebagai negarawan

menjadi pemuda-pemuda ikhlas merdeka penuh kepercayaan

ISLAM mengenalkan bagaimana kiranya hendak membina kemuliaan

sehingga mereka enggan diikat dengan syarat atau dihinakan

jangan contohi apa yang didakwakan kaum Nasrani tentang nabinya yang diagungkan

tapi rangkaikanlah kepujian dan karangkanlah ianya penuh keindahan

tonjolkanlah peribadinya apa yang tertera dari kemuliaan

tonjolkanlah darjatnya apa yang terlintas dari kebesaran

inilah Rasulullah yang mempunyai keutamaan tiada had tiada batasan

untuk dibicarakan oleh sesiapa pun dengan kalam juga lisan

hanya yang tak dapat dinafikan bahawa dia itu adalah insan

manusia terbaik di sisi ALLAH dari sekalian makhluk Tuhan

mampukah wahai pemuda mengira keutamaan Nabi junjungan yang meliputi semua kelebihan

contohilah teladan Nabi mengenai ketegasan dalam sesuatu keputusan

Baginda telah diberikan kejayaan dalam segenap apa yang dikendalikan

tiada lain kerana ketajaman sahsiah, kepintaran dan kemuliaan akhlak yang tiada tandingan

wahai pemuda bangunlah dari tidur yang melenakan

jauhkanlah dari akhlak songsang laksana samseng jalanan

ambillah teladan dari semua sifat Nabi yang ditonjolkan

bawalah ia dalam kehidupan seharian juga untuk membina negarawan

pasti suatu saat umat menjadi gemilang di setiap zaman

contohilah juga generasi Sahabat, Salafussalih, Tabi'in dan orang yang datang kemudian

sebagaimana kata-kata Nabi sebagai pesanan

"Sahabat-sahabatku laksana bintang-bintang,

maka dengan siapa saja yang kamu ikutkan

nescaya kamu akan mendapat pimpinan"







Thursday, June 11, 2009


HANYA DENGAN PANDANGAN MATA


semua petaka bermula dari pandangan mata
kebakaran besar bermula dari api yang kecil lagi sederhana

berapa banyak pandangan mata yang menikam jantung dan jiwa
bagaikan panah tanpa kikit dan busurnya

manusia hidupnya diancam bahaya
jika matanya selalu ditanam pada wanita jelita

matanya suka hatinya gembira
gembirakah kamu jika ceria membawa duka

dunia hanya jalan ke syurga atau ke neraka
malam bagaikan pasar siang pula kedainya

hiduplah dengan penuh kesusahan seadanya
kerana nikmat ini tidak kekal selama-lamanya

kadang-kadang mata menjadi penyatuan jiwa
yang berduka jadi gembira yang gembira jadi sengsara

wahai mata kurniaan ALLAH pada hamba-Nya
lihatlah alam cantik belaka tanpa celanya

manusia beriman matanya hanya untuk yang Esa
memberi manusia nikmat berganda

wahai insan gunalah mata dengan sebaiknya
elokkan akhlak penuh bijaksana menambah pahala

janganlah dengan pandangan jadi sesat sangat durjana
balasan ALLAH pasti membawanya ke neraka sana




Tuesday, June 9, 2009


THANK YOU IBU


Di dalam beberapa bait syair banyak disebutkan berkaitan dengan hak-hak ibu. Hayatilah syair ini dan ambillah pengajaran daripadanya.


Banyak sekali hak ibumu kalau anda tahu. Berapa pun banyak budimu, itu masih sedikit untuknya. Berapa malam ibumu tidak tidur kerana mengasuhmu. Dia susah, keluh kesah menarik nafas panjang. Melahirkan itu cukup susah kalau anda tahu. Di antara kesusannya sampai fikiran melayang. Dia selalu membasuh kotoranmu dengan tangan kanannya. Dan tidak menghalangimu untuk mendapatkan kesenangan. Dia mengorbankan jiwanya untuk memenuhi keperluanmu. Dia memberikan setitis air susunya untuk minumanmu. Dia selalu lapar, namun tenaganya dikerahkan untuk mengasuhmu waktu kecil dan itu semua kerana perasaan rindu dan sayang kepadamu. Aduh!..........Mengapa lagi orang yang mempunyai akal menurut hawa nafsunya dan mengapa lagi hatinya sentiasa buta padahal dia melihat. Oleh itu selalulah mendoakannya, dan engkau sebenarnya sangat miskin kepada tempat berdoa (ALLAH).


Hayatilah juga nasihat yang diberikan oleh Asma' binti Khairijah al-Fazari kepada anaknya yang hendak berkahwin. Nasihatnya berbunyi:

"Kini engkau akan keluar dari tempat daripada kehidupan tempatmu dibesarkan. Engkau akan menuju ke tempat tidur yang belum pernah engkau alami sama sekali. Dan engkau akan berteman dengan orang yang engkau belum kenali. Jadikanlah dirimu laksana bumi dan dialah sebagai langitnya. Jadilah seperti ayunan dan dialah tiangnya. Jadilah seperti al-amah (hamba wanita) dan dialah sebagai hamba lelaki. Jangan terlalu banyak meminta kepadanya, nanti dia akan marah kepadamu. Jangan terlalu jauh daripadanya, nanti dia pasti melupai engkau. Jikalau dia sedang dekat kepadamu, dekatkan lagi kepadanya. Dan jikalau dia jauh maka jauhkanlah dirimu daripadanya. Jagalah hidung, telinga dan matanya. Jangan sempat dia mencium yang kurang enak daripadamu. Jangan mendengar kata-kata yang tidak baik, dan jangan sempat dia melihat sesuatu yang tidak menarik daripadamu".

Wednesday, June 3, 2009



MAMPUKAH KITA MENJADI WANITA SOLEHAH?


" sEmOgA 'KeKaSiHkU' tElAh BeRbUaT BaIk Di AnTaRa DiA dAn KhAlIkNyA
lAlU dIa MeNjAdIkAn PaHaLaNyA uNtUkKu
AtAu MuNgKiN aKu TeLaH bErBuAt jAhAt dI aNtArA aKu DaN KHALIKKu
MaKa ALLAH mEnJaDiKaN dIa SeBaGaI sEkSaAN bAgIkU
aPaKaH aKu TiDaK rEdHo DeNgAn ApA yAnG dI rEdHoI ALLAH uNtUkKu?"



Hiduplah seperti pohon kayu berbuah
Lebat yang tumbuh di tepi jalan
Biarpun di lempar orang dengan batu
Namun tetap dibalas dengan buah


(Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a)

BILA SENA SENTIASA BERBUNGA

Makan Coklat Terasa Kelat
Warnanya Pula hitam Pekat
Ijab Dilafaz Kabul terikat
Bimbinglah Isteri Ke Jalan Akhirat
Emak Masak Gulai Nangka
Sedapnya Rasa Bertambahlah Pula
Dengan Segala Apa Yang Ada
Cubalah Menjadi Isteri Yang Mulia
Ayam Berkokok Subuh Menjelma
Sejuknya Air Hujanlah Pula
Bangunlah Abang Dari Lena
Mari Solat Jemaah Bersama
Cerahnya Lampu Jiran Sebelah
Itulah Cina Tuan Punya Rumah
Sarapan Pagi Tersedia Sudah
Perut Abang Perlu Dipenuh
Teriknya Matahari Tegak Berdiri
Panasnya Sungguh Hari Ini
Bekerjalah Abang Dengan Semangat Tinggi
Moga Rezeki Bertambahlah Lagi
Cantiknya Bunga Ditanam Di Laman
Sekadar Hiasan Untuk Tatapan
Banyaknya Cabaran Datangnya Ujian
Hidup Berumahtangga Inilah Perjalanan
Buah Sagu Warnanya Merah
Diberi Oleh Cik Senah
Teguran Abang Selalu Tak Endah
Padahal Semuanya Memberi Faedah
Cik Timah Datang Bertandang
Datang Bertamu Membawa Rendang
Wahai Suami Janganlah Meradang
Bebelan Isteri Ada Yang Dia Pantang
Banyaknya Pokok Buah Delima
Di Beri Nyonya Dengan Percuma
Apa Yang Salah Dalam Rumahtangga
Samalah Kita Cuba Perbaikinya
Dalam Peti Banyak Telur
Ada juga Daun Kecur
Jika Bergaduh Janganlah Sampai Lebur
Jadikan Ia Laksana Penghibur
Hensemnya Abang Memakai Jam
Warnanya Biru Talinya Hitam
Adakala Hidup Jadi Suram
Kadang-kadang Juga Bertambah Kelam
Adik Bermain Bola Keranjang
Main Bersama Dengan Pak Alang
Jika Hati Hendak Terbang
Takkan Nak Di Humban Ke Dalam Jurang
Itik Berjalan Di Atas Titi
Jatuh Seekor Semua Sekali
Siapa Tahu Impian Di Hati
Lebih Dari Langit Yang Tinggi
Kedai Ah Chong Jual Gam
Membalut Hadiah Jadi seragam
Karenah Ipar Duai Pelbagai Ragam
Ada Yang Berlagak Jadi Semacam
Masak Gulai Dalam Belanga
Masak Bersama Jiran Tetangga
Apa Guna Menaruh Rasa
Menahan Sabar Ada Gunanya

Cawan Dibeli Dari Kedah
Jatuh Pula Terus Pecah
Belum Tiba Musim Menjengah
Tidakku Paksa Pokok Berbuah
Banyaknya Kakak Beli Berangan
Di Bagi Teman Sebagai Buah Tangan
Biar Beribu Bintang Di Awan
Pastinya Abang Menjadi Sanjungan
Basuh Tangan Penuh Kotoran
Menanam Pokok Di Tengah Laman
Inilah Dia Sebuah Perjalanan
Redholah Ia Ingatlah Tuhan































































ANAK SOLEH


Anak adalah anugerah

Rezeki dari Allah
Ada yang redho gembira, marah untuk menerima dan serba salah untuk dijamah
Semuanya tiada lain untuk hamba mengenal Allah
Tahu diri untuk berserah
Terus syukur dengan nikmat atau terus kalah rebah menyerah


Anak adalah kurniaan Allah

Harta yang berharga paling indah
Hadir di dalam kamus hidup ibu ayah
Waktu kecilnya datang menjengah tidak tahu erti lemah
Terus berlari dan berlari mencari kalimah
Kadangkala juga mencari sejadah
Lantaran teladan yang ditonjol penuh hikmah
Jadilah anak soleh mencintai Allah dan Rasulullah
Bekerjalah dengan taat ikut perintah
Kerana kamulah nanti membangkitkan ummah menjadi gah

Anak itu sebagai hadiah

Bertambahnya rezeki bahagianya bertambah
Namun ujian kadang-kadang datang menjadi marah
Kepada sikecil yang dilahirkan fitrah dengan amanah
Masakan kesempurnaan dapat ditadah
Dari anak yang masih mentah
Jika tauladan sesak dengan mazmumah
Wahai ibu dan ayah
Contohilah Rasulullah dalam mendidik anak penuh hikmah
Bukan berlebih-lebih disaluti mewah
Bukan juga diajar hilang sahsiah
Celaka akhlak, hancur peribadi terus rebah
Bukan diajar alunan khayalan yang semakin terdedah penuh ghairah
Jauhkanlah mereka dari sifat Jahiliyah

Anak adalah amanah

Kuatkanlah akhlak mahmudah kukuh akidah
Runtuhnya rumah kerana runtuhnya yang didedah
Caranya salah tauladannya lemah
Tirulah cara hidup Rasulullah belajarlah melempar panah!
Jagalah apa yang berfaedah jauhkanlah semangat lemah
Janganlah meniru yang salah tanpa sahsiah
Sematkanlah ilmu dunia seiring akhirat agar menjadi insaniah


Anak adalah pemangkin ummah

Janganlah sentiasa menghembur marah
Jiwa anak masih rapuh senang goyah
Cintalah...kasihlah...sabarlah...didiklah
Pasti nanti ianya akan berbuah
Penuh bijaksana sangat bertuah
Menjadi kebanggaan ibu ayah
Anak soleh doanya melimpah
Tiada lain semuanya untuk syurga Allah