Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

islamic Pictures, Images and Photos

Tuesday, October 1, 2013

GURINDAM HATI
oleh: NOORLAILA GHAFFAR
MAJALAH WANITA OKTOBER 2013
 
andai hati sebening air, pasti akal matang berfikir
andai hati sering berzikir, ingatkan Allah tidak dimungkir
andai hati sering tafakur, pasti syaitan jatuh tersungkur
andai hati sentiasa terfikir, niat yang jahat pasti disingkir
andai hati sentiasa jujur, pasti perbuatan tidak terlanjur
andai hati sentiasa bersabar, pasti emosi tenang dicabar
andai hati sentiasa setia, pasti hidup damai bahagia
andai hati jauhi dosa, pasti hidup akan selesa
andai hati tidak tercela, pasti Allah memberi pahala
andai hati sentiasa bertakwa, pasti kuat azam dijiwa
andai hati seindah permata, pasti dijauhi segala sengketa
andai hati sentiasa memaaf, pasti hidup tiada khilaf
andai hati sentiasa beriman, Quran dan hadis jadi pedoman
andai hati sesuci embun, amalan baik pasti bertimbun
andai hati sentiasa tawakal, pasti hidup tabah dan cekal
andai hati sentiasa dicuci, pasti tiada orang akan membenci
andai hati tidak berbalah, mudah dihadapi segala masalah
andai hati sentiasa bersih, Allah memandang penuh kasih

Thursday, September 19, 2013

Abu Nawas berkata :
يَا رَبِّ إِنْ عَظُمَتْ ذُنُوْبيَ ، كَثْرَةً ، ** فَلََقَدْ عَلِمْتُ بِأَنَّ عَفْوَكَ أَعْظَمُ
Wahai Tuhanku, meskipun dosaku terlalu banyak….
maka sungguh aku mengetahui bahwasanya ampunanMu lebih banyak (dari banyaknya dosaku)
إِنْ كَانَ لاَ يَرْجُوْكَ إِلاَّ مُحْسِنٌ ، ** فَبِمَنْ يَلُوْذُ ، وَيَسْتَجِيْرُ المُجْرِمُ
Kalau seandainya hanya orang baik yang boleh berharap kepadaMu….
lantas kepada siapakah pelaku keburukan bersandar dan berlindung?
أَدْعُوْكَ رَبِّ ، كَمَا أَمَرْتَ ، تَضَرُّعاً ، ** فَإِذَا رَدَدْتَ يَدِي ، فَمَنْ ذَا يَرْحَمُ
Aku berdoa kepadamu wahai Tuhanku dengan penuh tunduk sebagaimana Engkau perintahakan…..
lantas jika Engkau tolak tanganku maka siapakah yang akan merahmatiku?
مَا لِي إِلَيْكَ وَسِيْلَةٌ إِلاَّ الرَّجَا ، ** وَجَمِيْلُ عَفْوِكَ ثُمَّ أَنِّيَ مُسْلِمُ
Tidak ada yang boleh menyampaikanku kepadaMu kecuali hanya pengharapan….dan indahnya ampunanMu kemudian aku hanyalah pasrah kepadaMu
 Izinkan aku menjadi sekuntum bunga, Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, Harum wanginya dengan ilmu agama, Cantiknya kerana iman dan taqwa, Namun keindahan zahirnya kusimpan rapi, Biar menjadi rahsia yang kekal abadi, Bukan perhatian dari mata lelaki ajnabi, Yang menjadi puncak fitnah hati,
Illahi Rabbi,,,,, Tumbuhkanlah duri yang memagari diri, Agar diriku terpelihara dari noda duniawi, Yang akan menghilangkan keharuman sejati, Yang akan memudarkan kecantikan diri.
Dibalik kekurangan yang tercipta, Bukanlah alasan untuk bermuram durja, Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata, Tetap menyinar walau di lumpur hina, Tetap berharga walau dimana saja… Buat ummat dan juga keluarga, Izinkan aku menjadi seindah mawar berduri, Yang menjadi impian setiap muslimah, Yang indahnya bukan untuk lelaki, Tapi permata untuk yang bernama suami.....

'BAHASA' ITU AKHLAK!!!
Abdullah bin Mas'ud berkata:"Wahai lisan...katakanlah yang baik-baik sahaja agar kau beroleh kebaikan...dan diamlah dari mengatakan keburukan agar engkau selamat sebelumnya atau sesudahnya engkau akan menyesal".
Abu Darda' r.a berkata:" Bersihkan telinga dari mulutmu kerana dijadikan dua telinga dari mulutmu agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara".
Hasan al-Basri pula berkata:" Sesungguhnya lisan seseorang mukmin berada di belakang hatinya, bila ia ingin berbicara, maka hatinya segera merenungkannya kemudian lisannya pun mengatakannya, adapun lisan orang munafik berada di depan hatinya, bila ia menginginkan sesuatu maka lisannya segera mengatakannya tanpa direnung oleh hatinya".
 
tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di pulau angsa
indah tampan kerana budi
tinggi bangsa kerana bahasa
buah berangan masaknya merah
lalu di masukkan ke dalam perahu
luka di tangan nampak berdarah
luka di hati siapa yang tahu
dari mana punai melayang
dari paya turun ke padi
dari mana datangnya sayang
dari mata turun ke hati
halia ini tanam-tanaman
ke barat juga akan condongnya
dunia ini pinjam-pinjaman
akhirat juga akan sesungguhnya
jalan-jalan ke kota paris
banyak rumah berbaris-baris
jika bercakap tanpa bertapis
semua orang akan ditepis
hati berdetik dalam cahaya
seperti belati menikam dada
jika bercakap tanpa fikirnya
musim berganti pun takkan lupa
hati-hati minum di gelas
kalau terlepas pecahlah nanti
kadang-kadang terlepas balas
kerana bisanya mencucuk hati
untuk menjadi seorang perwira
harus bertapa di dalam gua
walau ilmunya sampai menara
janganlah sampai jadi mua
pergi ke pasar membeli pulut
beli juga itik sekati
apa yang keluar dari mulut
sebenarnya ia melambangkan hati
kalau tilam sudahlah basah
jemur sekarang di atas atap
nak bercakap elok pun susah
itu tandanya akhlak dah ranap
mari menyanyi sambil menari
menyanyi menari ikut irama
kesalahan orang asyik mencari
kebaikan orang susah diterima
anak ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
kelemahan diri sentiasalah di suluh
buruknya  dibuang baiknya ditelan
kalau tuan bawa setanggi
bawakan juga kayu lidi
bahasa elok kerana akhlaknya tinggi
telah diajar tentang budi
lebatnya daun bunga tanjung
berbau harum bunga cempaka
kalau terasa diri setinggi gunung
orang di bawah dicemuhnya belaka
kayu cendana di atas batu
sudah diikat di bawa pulang
barangkali caranya sudah begitu
kerana mulianya sudah hilang
makan roti lemaknya inti
sudah makan mencari air
bencinya ini penuh erti
hingga berfikir tanpa akhir
jika tuan membeli bidara
belilah hanya berpada-pada
bila hati tak dapat bicara
getar terasa di dalam dada
kuda perang berpacu kencang
kuda beban berjalan pelan
jangan sentiasa berteriak lantang
nanti lupa mana kesalahan
nenek menjemur hasil jerami
untuk di jual di pasar tani
akal menunjukkan jalan di bumi
hati menunjukkan jalan nurani
anak kucing bermain papan
bermain juga buah rotan
hilang hormat kerana percakapan
hilang rasa kerana perbuatan
datuk ke hutan membawa kapak
pergi bersama pak budik
bahasa itu melambangkan akhlak
cara diajar cara dididik
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
WAHAI WANITA
 
Jika seseorang wanita Muslimah memakai HIJAB(JILBAB), secara tidak langsung dia berkata kepada semua lelaki: "Tundukkanlah pandanganmu, aku bukan milikmu serta kamu juga bukan milikku. Tetapi aku hanya memilih orang yang dihalalkan Allah untukku. Aku orang yang merdeka dan tidak terikat dengan sesiapa pun aku tidak tertarik kepada sesiapapun, kerana aku jauh lebih tinggi dan terhormat berbanding mereka yang sengaja menampakkan auratnya supaya dinikmati oleh orang ramai".
Wanita yang bertabarruj atau mempamerkan auratnya dan menampakkan keindahan tubuhnya di depan kaum lelaki akan mengundang perhatian lelaki hidung belang dan serigala berbulu domba. Secara tidak langsung dia berkata: " Silakanlah anda menikmati keindahan tubuhku dan kecantikan wajahku. Adakah orang yang mahu mendekatiku? Adakah orang yang mahu memandangiku? Adakah orang yang mahu memberikan senyumannya kepadaku? Atau adakah orang yang berseloroh......Aduhai betapa cantiknya......?
Wanita yang mempamerkan auratnya dan keindahan tubuh badannya laksana pengemis yang merengek-rengek minta dikasihani. Inilah yang mengundang perhatian lelaki untuk menggoda kaum wanita. Dia ibarat binatang buruan yang datang sendiri ke perangkap sang pemburu...


Sunday, March 17, 2013

MENITI KEINSAFAN
luahan hati seorang banduan dari tembok penjara
Alor Star.....Kedah
WANITA
NOVEMBER 2009
 
tika mentari menghilangkan diri
rembulan pula menonjolkan seri
lamunanku melayang singgah di awan suci
mencari teman agar hilangnya sunyi
punggukku geledah terusku cari
untuk ku bisikkan kata di hati
namun using menangis naluri
yang menghilang sayup pergi
di mana nak ku bicarakan keluhan sepi
hilangkah semuanya insan murni
tidakkah wujud teman sejati
bila menafsirkan natijah ngeri
semuanya asyik menuding jari
dengan falsafah membakar diriku ini
bahang bakaran ku rasa serasi
geledak panas tidakku hairan lagi
natijahnya tidakku geruni
bila disingkap tirai kasih ini
gelora di hati bercampur resah
resah berbaur gemuruh amarah
amarah dendam ku serah pasrah
pasrah ku titip ke nafsu serakah
terus ku tenung biar mereka gundah
walaupun perit dendam tak punah
tawaku terselit hati yang musnah
sebak dadaku harapanku bernanah
sebelum pejam tidakku menyerah
berpantang ajal menyerah kalah
kan ku goncang biar punah ranah
ku nanti saat kesabaran mengalah
kan ku pohon restu Mu Ya Allah
izinkan hambaMu ini di lipatan sejadah
sejarah hati bapa yang patah
lantaran itu
terperosok aku di sini
di sebalik tirai besi
menghitung hari yang tidak pasti
angkara kerakusan diri sendiri
namun di sini
aku diajar cermin diri
segala peraturan hendaklah dipatuhi
aku dipertonjolkan jati diri
lantas aku mengenal diri
di sini jua
aku dididik ilmu Ilahi
halal dan haram panduan diri
perkara dosa perlu dihindari
agar pahala berlumbalah mencari
sesama insan perlu hormat menghormati
keredhaan Ilahi matlamat naluri
kesabaran jualah iman sejati
namun kini
bila mengenal diri sendiri
bila nampak kebesaran Ilahi
penyesalan keinsafan lahir di hati
betapa kerakusan merugikan diri
usahlah hidup berpaksikan nafsu sendiri
ayuhlah teman bangun!!!!!! bangun dari ilusi
biarlah hidup dalam realiti
sesungguhnya realiti menandingi ilusi
ingatlah teman
isteri di rumah menanti anda
ayah ibu yang tua perlu dijaga
anak-anak amanah Allah Taala
tapi anda....anda....anda.....dan kita semua
masih setia menghuni di dalam penjara
tinggalkan keluarga sepi dan menangisi kita
tanpa mahu mengetahui kenapa kita di utus ke dunia
duhai teman
Maha Suci Allah mencipta manusia
sebagai Khalifah di atas dunia
memperkasa diri matlamat pertama
membimbing keluarga matlamat kedua
memimpin ummah matlamat seterusnya
Quran dan Hadis panduan segala
namun kita leka
namun kita alpa
namun kita lupa
bahawa syaitan musuh durjana
digoncangkan nafsu agar kita ke neraka
sedarlah teman
bahawa mencuri itu dosa
rompak itu durjana
rogol itu celaka
dadah merosakkan bangsa
bunuh dosa berganda
semua jenayah haram di sisi agama
segalanya berlaku angkara bisikan syaitan durjana
insaflah teman
kembali kembali ke pangkal jalan
serulah keamanan
pupuklah kedamaian
carilah ketenangan
ianya di sisi Tuhan
pasti kita mendapat keredhaan
bersumpahlah dikau teman
sematkan ini di hatimu
bisikkan ia ke nalurimu
jadikan ia pegangan hidupmu
inilah sumpah keramatmu
Islam adalah agamaku
Islam adalah irama hatiku
Islam adalah darah yang mengalir disekujur tubuhku
Islam adalah kekuatanku
Islam adalah perjalanan hidupku
Islam adalah hidup dan matiku
 


Friday, March 15, 2013

SePaSaNg SePaTu
 
menjadi sepasang sepatu
setiap langkah hala dituju
membelai selesa kaki pemilikku
sepatu yang baru
disayangi dibersih disapu selalu
mengilat di tapak kaki tak segan silu
namanya sepatu
ditanggalkan di luar pintu
bila bertemu atau ke kamar guru
jiwa sepatu
khidmatnya tulen sehayat waktu
tahan lasak tak pernah jemu
hayat sepatu
berjenama awet selesa ampuh bermutu
taraf kecapaian maju
nasib sepatu
bila robek di banting ke sampah tentu
tiada dikenang diambil tahu
Marzuki Ali
MAJALAH PEREMPUAN JUN 2008
HAL 99

PESANAN LUQMANUL HAKIM
kepada anak-anaknya
 
wahai anakku.......
ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
ramai yang telah karam di dalamnya.
jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang
bernama taqwa, isinya ialah iman dan
layarnya adalah tawakal kepada Allah.
wahai anakku.......
orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat
serta taat kepada Allah, maka dia itu orang yang tawaduk,
lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.
wahai anakku.......
seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu,
maka marahnya ibu bapamu itu adalah bagaikan baja untuk
tanam-tanaman.
wahai anakku.....
ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah
daripada mengajar orang yang tidak mahu diajar.
wahai anakku.......
apabila engkau mempunyai dua pilihan
menziarahi orang mati atau hadir ke majlis perkahwinan
pilihlah untuk menziarahi orang mati kerana ia
akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan
perkahwinan akan mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi semata-mata.
wahai anakku.....
janganlah engkau menelan sahaja kerana manisnya sesuatu makanan
dan janganlah memuntahkan sahaja kerana pahitnya sesuatu makanan itu
kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran
dan pahit belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
wahai anakku......
bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu
tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya
kerana ia tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api
tetapi setelah banyak ia tidak mampu memikulnya
padahal dia masih mahu mengumpulkannya.
wahai anakku.....
bila mana engkau mahu mencari kawan sejati
maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat ia marah
bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkanmu
maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan
jika tidak demikian maka berhati-hatilah.
wahai anakku....
bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai
orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya
biarkanlah ia mengharapkan sesuatu daripadamu.
wahai anakku.......
bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu
perhatikanlah kata-kata nasihatnya kerana sesungguhnya
sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya
bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
wahai anakku......
ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan
nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu
janganlah engkau tendang dunia ini
ke kanjang sampah kerana nanti engkau akan menjadi
pengemis yang membebankan orang lain
sebaliknya, janganlah engkau peluk dunia ini
serta meneguk habis airnya kerana
sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu
adalah tanah belaka.
 
 
 

PATAH SERIBU
mengenalimu lapan tahun dahulu
masih mentah tentang hidup berliku
bertemu bukan hanya dalam mimpi
mengherat aku ke pintu ilusi
memang punyai memori bahagia
yang pernah lukiskan bersama
berkasih kini dalam hati
berpisah rasa berpisah memori
semuanya sudah terlambat
sejak rasa ini telah dihambat
kini ku anggap datangmu ibarat pelangi
bersinar indah setelah gerimis turun ke bumi
dan engkau pergi saat mentari mula membiaskan gemilangnya penuh seri
tidak usah datang merayu
luka ini masih di situ
usaha membujuk sudah kaku
di saat ini semuanya musnah
kisah kita cuma tinggal sejarah
jadi angin dan debu
berterusan hembusnya begitu
terus hilang di mataku
tak usah kau cari lagi satu perbandingan
hidup kini dan masa lalu yang berpanjangan
biarkanlah ia bertebangan
kisah ini
takkan pernah dikesali
dari dulu lagi sejak kau ku kenali
takkan juga aku bersedih
walau tikamannya sungguh pedih
kerana langkah kita dalam hidup ini
masih punya daerah yang perlu kita tujui
 
 

caRiLaH yAng TeRbAiK
 
CIRI-CIRI SUAMI MITHALI
oleh Mariam Rashid
MAJALAH PEREMPUAN
JULAI 2007
 
kelmarin aku terjumpa Mak Senah
sedang menikmati nasi dagang
di bawah pohon rendang
wajahnya kelihatan girang
aku pun bertanya....
kenapa kau senyum seorang-seorang?
nanti orang tuduh kau mabuk kepayang!
hatta jawablah Mak Senah....
Si Jenal anak Pak Yob bawa aku tengok wayang
lepas itu kita main layang-layang di tepi bendang
sambil tangkap ikan sembilang buat makan petang
minggu depan dia hantar rombongan meminang
aku pun bertanya lagi....
Si Jenal orangnya garang atau penyayang?
lebih baik kau fikir panjang-panjang
jangan-jangan dia umpama kambing terlepas pandang!
jawapannya jauh menyimpang
sehingga aku tercengang-cengang
suami mithali katanya
bukan sekadar hebat di atas ranjang
yang penting katanya, dia tidak.......
 meninggalkan sembahyang
berhutang keliling pinggang
terhuyung-hayang meneguk sajang
mata keranjang hidung belang
kaki temberang lidah bercabang
bermain mata dengan si genit, leher jinjang rambut ikal mayang
mudah berang tatkala terdengar fitnah orang
suami mithali katanya....
hadapi musibah dengan tenang
dikala bahtera dihempas gelombang
membelai anak isteri dengan penuh kasih sayang
membanting tulang empat kerat dari pagi hingga ke petang
agar anak isterinya hidup senang lenang!
 
 
 


Thursday, March 14, 2013

Apabila TUHAN menciptakan Ibu
ibu
seorang insan suci mulia
kasihnya membawa kita ke syurga
namun, ke mana pula kasih kita terhadapnya?
atas renungan ini
kami persembahkan sanjungan kasih
saban hari, ramai lupa dan terus alpa
tentang ibu yang sanggup berkorban apa saja
pernah suatu ketika
ibu hanya terperuk di sudut dapur
cuma dijenguk sekali dua
kesempitan hidup dan tidak pernah berpasrah
ibu cabar mereka yang kolot
melangkah keluar dengan berbekalkan kudrat
dan iradat seorang wanita
sambil menggendong niat suci luhur
engkau julang mercu gemilang
jadi ibu untuk setiap hati
jadi ibu di persada seni
jadi ibu di gedung ilmu
jadi ibu di dunia kerjaya
jadi ibu di lapisan masyarakat
sentuhmu kedamaian
senyummu kebahagiaan
katamu azimat hidup
inilah khazanah warisan
demi anak-anak bangsa terbilang
ibu...
engkaulah idola kami
nasihat dan doamu masih diminta
kerana jalanan kami masih beronak panjang
ibu...
izinkan kami merafak sembah
mengalungkan kasih yang telah lama terpendam
harapan kami
semoga semangat juang ibu
menusuk dan terus membara
di setiap sanubari
-dan apabila Tuhan menciptakan seorang ibu
saya percaya bahawa Dia menggabungkan semua
yang indah dan murni di dunia ini
God took the fragrance of a flower
the majesty of twin tower
the gentleness of morning dew
the calm of the quiet sea
the beauty of Taj Mahal
the soul of Monalisa
the laughter of the family
the grace of the flying bird
the God fashioned from these things
a creation like no other
and when his masterpiece was through
he called it simply...............MOTHER
TULISAN: MANSOR WAN ABDULLAH
PRESIDEN AVON MALAYSIA
MAJALAH JELITA
JUN 2005 HALAMAN 280
MEMINTA HANYA PADA-MU    

 Ya ALLAH....
perbaikilah agamaku yang menjadi pelindung segala urusanku
dan perbaikilah duniaku yang padanya kehidupanku
dan perbaikilah akhiratku yang kepadanya aku akan kembali
dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan kebaikan untukku
dan jadikanlah kematian sebagai pelepasan dari segala kejahatan
Ya ALLAH....
aku memohon kepadaMu kebaikan sebagaimana yang telah dipohonkan
oleh hambaMu dan NabiMu Muhammad s.a.w
dan aku memohon perlindungan kepadaMu daripada kejahatan
sebagaimana yang dipohonkan oleh hambaMu dan NabiMu Muhammad s.a.w
Ya ALLAH.....
sesungguhnya aku memohon kebaikan seluruhnya
sama ada yang cepat ataupun yang lambat
dan aku memohon perlindungan kepadaMu daripada kejahatan
sama ada yang cepat ataupun yang lambat
Ya ALLAH....
aku memohon kepadaMu syurga
dan segala yang boleh mendekatkan ku kepadanya
sama ada dalam bentuk ucapan, perbuatan ataupun keyakinan
dan aku juga memohon perlindungan kepadaMu
daripada neraka dan segala yang boleh mendekatkan kepadanya
sama ada dalam bentuk ucapan, perbuatan ataupun keyakinan
Ya ALLAH...
aku memohon kepadaMu perasaan takut kepadaMu
ketika sendirian dan ketika berada di khalayak ramai
dan aku memohon kepadaMu sikap adil ketika redha dan marah
dan aku memohon kepadaMu sikap sederhana ketika kaya dan fakir
Ya ALLAH....
ampunilah segala kesalahanku dan kejahilanku dan keterlaluan
di dalam urusanku dan terhadap apapun jenis kesalahanku
dan Engkau yang lebih mengetahuinya daripada aku
Ya ALLAH.....
janganlah Engkau membiarkanku di tempat ini dalam keadaan berdosa
melainkan Engkau ampunkan
dan tidak pula dalam keresahan melainkan Engkau tenteramkan
dan tidaklah dalam kesusahan melainkan Engkau lapangkan
dan tidaklah dalam keadaan sakit melainkan Engkau sembuhkan
dan tidaklah dalam cubaan dan ujian melainkan Engkau selamatkan
dan tidaklah dalam keadaan berhutang melainkan Engkau mudahkan
dan tidaklah dalam kesesatan melainkan Engkau memberikan hidayah
dan tidaklah dalam kongkongan musuh melainkan Engkau tewaskan
dan tidaklah taubat melainkan Engkau kabulkan
dan tidaklah kejahilan melainkan Engkau memberikan pengetahuan
dan tidaklah pejuang yang menegakkan agamaMu melainkan Engkau menangkan
dan tidaklah seorang anak pun melainkan Engkau jadikan anak yang soleh
dan tidaklah keaiban dan perkara yang memalukan
melainkan Engkau selindungkan
dan tidaklah kesulitan melainkan Engkau permudahkan
dan tidaklah kebenaran melainkan Engkau tampakkan ia
dan tidaklah satu hajat pun sama ada hajat dunia
mahupun hajat akhirat yang Engkau redhai dan membawa kebaikan kepadaku
melainkan Engkau tolong dan memudahkanku untuk menunaikan dan mendapatkannya
wahai ALLAH YANG MAHA PENYAYANG dari segala yang penyayang
Ya ALLAH....
balaskanlah kezaliman orang-orang yang zalim dengan kezaliman yang serupa
dan selamatkanlah aku dari kezaliman mereka
bersihkanlah hatiku dan lindungilah keaibanku
dan ampunilah dosa-dosaku
dan perelokkanlah kesudahan hidupku
WAHAI TUHAN SEKALIAN ALAM
Ya ALLAH.....
perbetulkanlah niatku dan zuriat keturunanku
dan aku mohon perlindunganMu daripada kesesatan fitnah
sama ada yang zahir mahupun yang batin
Ya ALLAH....
masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang berdoa kepadaMu
lalu Engkau kabulkan doanya dan orang yang mohon hidayah petunjukMu
lalu Enkau berikan petunjuk kepadanya
dan orang yang memohon pertolongan kepadaMu
lalu Engkau memberi pertolongan kepadanya
dan orang yang bertawakal kepadaMu
lalu Engkau cukupkan keperluannya
dan orang yang bertaubat kepadaMu lalu Engkau terima taubatnya
Ya ALLAH....
Engkau yang memutar belitkan hati manusia
tetapkanlah hatiku dalam agamamu dan sentiasa patuh kepadaMu
Ya ALLAH...
aku mohon perlindungan kepadaMu daripada bala bencana
dan daripada dilanda perpecahan dan daripada takdir yang buruk
dan perancangan jahat para musuh
aku mohon kepadaMu kesejahteraan hidup dan kedudukan taraf bersama Syuhada'
dan berdampingan dengan para Anbiya'
kesabaran menghadapi cubaan dan kemenangan ke atas para musuh
Ya ALLAH.....
sesiapa sahaja yang ingin berlaku jahat terhadap kami dan umat Islam
maka timpakanlah kejahatan tersebut ke atas diri mereka sendiri
dan sibukkanlah mereka dengan urusan itu
dan hancurkanlah rencana jahat mereka sehancur-hancurnya
Ya ALLAH....
muliakanlah Islam dan kaum muslimin
dan hinakanlah syirik dan kaum musyrikin
demikian juga kufur dan kaum kafirin
dan hapuskanlah musuh-musuh agama
dan jadikanlah negara kami ini negara yang aman sentosa
tenang tenteram dan makmur
demikian juga semua negara umat Islam lainnya dengan berkat rahmatMu
WAHAI TUHAN YANG PENGASIH DAN PENYAYANG
Ya ALLAH....
jadikanlah aku orang-orang yang cinta kepada keimanan
dan jadikanlah iman itu indah di dalam hatiku
ke dalam hati anak-anakku dan keluargaku
dan jadikanlah aku orang yang benci kepada kekafiran kefasikan dan kedurhakaan
dan masukkanlah kami semua ke dalam golongan orang-orang
yang mengikuti jalanMu yang lurus
Ya ALLAH....
berikanlah kepadaku janjiMu agar aku diselamatkan di akhirat nanti
dan tanamkanlah di dalam hati orang-orang yang beriman
rasa cinta mereka terhadapku
Ya ALLAH...
aku mohon kepadaMu sebaik-baik permintaan
sebaik-baik doa
sebaik-baik kejayaan
dan sebaik-baik ganjaran
dan tetapkanlah pendirianku
beratkanlah timbangan kebaikkanku
tinggikanlah darjatku
terimalah solatku
ampunilah segala kesalahanku
dan aku memohon darjat yang tinggi di dalam syurga
Ya ALLAH...
aku mohon kepadaMu segala pembuka kebaikan
dan penutup kehidupanku dengan semua yang boleh mendatangkan kebaikan
awalnya dan akhirnya
zahirnya dan batinnya
hapuskanlah segala kesalahanku
dan Engkau sucikanlah hatiku
peliharakanlah kehormatan diriku
dan ampunilah segala dosa-dosaku
Ya ALLAH....
aku mohon kepadaMu agar Engkau limpahkan
keberkatan pada pendengaranku
pada penglihatanku dan pada jiwaku
pada budi pekertiku
pada kejadiaanku
serta pada keluargaku
dalam hidupku dan amal perbuatanku
dan terimalah amal kebajikanku
dan aku mohon kepadaMu
darjat yang tinggi di dalam Syurga
Ya ALLAH....
aku mohon kepadaMu kesejahteraan di dunia dan di akhirat
aku mohon kepadaMu kemaafan dan kesejahteraan pada agamaku
pada duniaku pada keluargaku dan pada hartaku
Ya ALLAH....
tutupilah segala keaibanku dan tenteramkanlah kegelisahanku
peliharalah aku daripada musibah
yang datang dari arah hadapanku
dari arah belakangku
dari arah kananku
 dari arah kiriku
dan dari arah atasku
dan aku memohon kepadaMu daripada
ditelan oleh bumi yang berada di bawahku
Ya ALLAH....
YANG MAHA HIDUP LAGI MAHA MENGURUS SEGALA MAKHLUK
kepada Engkau sajalah aku memohon pertolongan
oleh itua
perbaikilah semua urusanku
dan janganlah Engkau biarkan aku walaupun seketika
ENGKAULAH TUHAN YANG MAHA KAYA
MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MELIHAT
TUHAN YANG MENGUASAI SELURUH ALAM
amin ya rabbal 'alamin
 
seandainya Allah tidak mengizinkanku mengenalimu
nescaya sampai bila pun takkan ku tahu
betapa indahnya lakaran warna hidupku
yang disulami kasih sayang terasa menyatu
disirami belai kemesraan bertalu-talu
adakalanya pahit juga datang bertamu
walaupun begitu warna hidupku seperti selalu
terasa tenang jika dirimu teguh di situ
seandainya aku tidak bersamamu di sepanjang perjalanan
nescaya aku tidak matang tentang pengalaman
untuk menilai apa erti kesetiaan
yang disulami dengan pengorbanan
dan disirami dengan ketabahan
seandainya aku tidak bermesra denganmu
sampai kini aku tidak akan memahami
apa itu erti cemburu
apa itu makna rindu
dan apa itu mimpi syahdu