Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

islamic Pictures, Images and Photos

Monday, September 14, 2009

Assalamualaikum pembuka madah
Salam ukhuwwah dari saya
Sebulan berpuasa selesai sudah
Tibalah masa berhari raya
Bulan Ramadhan penuh barakah
Bulan pengampunan dan penyucian dosa
Moga-moga amalan diterima Allah
Mendapat keredhaan-Nya sepanjang masa
Siang berpuasa malam berterawih
Lapar dan dahaga sama dirasa
Dari ketupat ke kuih muih
Begitu mewah kurniaan Yang Esa
Tibanya syawal disambut ceria
Tua, muda, miskin dan kaya
Kunjung mengunjung amalan mulia
Berhati-hati di jalan raya
Berbaju baru berjalan ke masjid
Sembahyang berjemaah sunat aidilfitri
Banyakkan berzikir, bertakbir dan bertahmid
Tanda perhambaan mukmin sejati
Tangan di hulur kemaafan diterima
Diiringi bersama ketulusan hati
Saling bermaafan sesama kita
Rapatkan ukhuwwah satukan hati
MINAL A'DIN WAL FAIZIN
KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR

2 NOVEMBER 2004

DARI HABIBI TERCINTA

-KeRAnA aKu tElah KaU PiLih, LaLu eNgKaU sEtIa Ku KaSiH-

"ApAKaH kErANa PeSOnAmU yANg MeMikAT

AtAu AkAlKu KeTikA iTu YaNg TiDaK LaGi Di TeMpAt"


Tuesday, September 1, 2009

CERITA SURIRUMAH TANGGA
Cik Mariam orang Melaka
Selalu termenung di tepi pantai
Inilah surirumah tangga
Kerjanya tak pernah langsai
Anak cina membawa surat
Dari Perak terus ke Jeli
Kerja kita memang padat
Kadang-kadang sampai lenguh kaki
Buah durian dari hulu
Pokoknya banyak di kebun Nora
Menu masakan difikiran selalu
Sebagai hidangan untuk keluarga
Bunga cina di atas titi
Cantiknya ia diambil Raju
Selepas selesai sarapan pagi
Mulalah rutin membasuh baju
Ramai orang bersorak-sorak
Menepuk gendang dengan rebana
Banyaknya baju berlonggok-longgok
Duduk bertimpuh melipatnya pula
Adik memakai baju biru
Pergi sekolah pukul tujuh
Kadang-kadang rasa haru biru
Bila banyak kerja tak sudah
Terang bulan di malam sepi
Cahayanya memancar ke seluruh tubuh
Nasihat emak tak ambil peduli
Kerja rumah jangan di tangguh
Anak Cik Pah sungguh manja
Suka bermain berlari-lari
Orang malas buat kerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Hari malam gelap gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Hari ini buat tepung pelita
Esok pula buat roti nan
Baik-baik mengirai padi
Takut merecik ke muka orang
Banyak sungguh simpan resepi
Bimbang idea tak datang
Mari kita menanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Seronoknya tengok abang berselera
Sampai makan bertambah-tambah
Cik Nor ke kedai membeli gelas
Emak pesan membeli laksa
Kerja rumah buatlah dengan ikhlas
Semua keluarga rasa bahagia
Sarapan pagi minum susu
Di hidang bersama roti dan kaya
Terasa letih memanglah begitu
Surirumahtangga banyak pahala