Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Thursday, September 19, 2013

Abu Nawas berkata :
يَا رَبِّ إِنْ عَظُمَتْ ذُنُوْبيَ ، كَثْرَةً ، ** فَلََقَدْ عَلِمْتُ بِأَنَّ عَفْوَكَ أَعْظَمُ
Wahai Tuhanku, meskipun dosaku terlalu banyak….
maka sungguh aku mengetahui bahwasanya ampunanMu lebih banyak (dari banyaknya dosaku)
إِنْ كَانَ لاَ يَرْجُوْكَ إِلاَّ مُحْسِنٌ ، ** فَبِمَنْ يَلُوْذُ ، وَيَسْتَجِيْرُ المُجْرِمُ
Kalau seandainya hanya orang baik yang boleh berharap kepadaMu….
lantas kepada siapakah pelaku keburukan bersandar dan berlindung?
أَدْعُوْكَ رَبِّ ، كَمَا أَمَرْتَ ، تَضَرُّعاً ، ** فَإِذَا رَدَدْتَ يَدِي ، فَمَنْ ذَا يَرْحَمُ
Aku berdoa kepadamu wahai Tuhanku dengan penuh tunduk sebagaimana Engkau perintahakan…..
lantas jika Engkau tolak tanganku maka siapakah yang akan merahmatiku?
مَا لِي إِلَيْكَ وَسِيْلَةٌ إِلاَّ الرَّجَا ، ** وَجَمِيْلُ عَفْوِكَ ثُمَّ أَنِّيَ مُسْلِمُ
Tidak ada yang boleh menyampaikanku kepadaMu kecuali hanya pengharapan….dan indahnya ampunanMu kemudian aku hanyalah pasrah kepadaMu
 Izinkan aku menjadi sekuntum bunga, Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, Harum wanginya dengan ilmu agama, Cantiknya kerana iman dan taqwa, Namun keindahan zahirnya kusimpan rapi, Biar menjadi rahsia yang kekal abadi, Bukan perhatian dari mata lelaki ajnabi, Yang menjadi puncak fitnah hati,
Illahi Rabbi,,,,, Tumbuhkanlah duri yang memagari diri, Agar diriku terpelihara dari noda duniawi, Yang akan menghilangkan keharuman sejati, Yang akan memudarkan kecantikan diri.
Dibalik kekurangan yang tercipta, Bukanlah alasan untuk bermuram durja, Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata, Tetap menyinar walau di lumpur hina, Tetap berharga walau dimana saja… Buat ummat dan juga keluarga, Izinkan aku menjadi seindah mawar berduri, Yang menjadi impian setiap muslimah, Yang indahnya bukan untuk lelaki, Tapi permata untuk yang bernama suami.....

'BAHASA' ITU AKHLAK!!!
Abdullah bin Mas'ud berkata:"Wahai lisan...katakanlah yang baik-baik sahaja agar kau beroleh kebaikan...dan diamlah dari mengatakan keburukan agar engkau selamat sebelumnya atau sesudahnya engkau akan menyesal".
Abu Darda' r.a berkata:" Bersihkan telinga dari mulutmu kerana dijadikan dua telinga dari mulutmu agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara".
Hasan al-Basri pula berkata:" Sesungguhnya lisan seseorang mukmin berada di belakang hatinya, bila ia ingin berbicara, maka hatinya segera merenungkannya kemudian lisannya pun mengatakannya, adapun lisan orang munafik berada di depan hatinya, bila ia menginginkan sesuatu maka lisannya segera mengatakannya tanpa direnung oleh hatinya".
 
tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di pulau angsa
indah tampan kerana budi
tinggi bangsa kerana bahasa
buah berangan masaknya merah
lalu di masukkan ke dalam perahu
luka di tangan nampak berdarah
luka di hati siapa yang tahu
dari mana punai melayang
dari paya turun ke padi
dari mana datangnya sayang
dari mata turun ke hati
halia ini tanam-tanaman
ke barat juga akan condongnya
dunia ini pinjam-pinjaman
akhirat juga akan sesungguhnya
jalan-jalan ke kota paris
banyak rumah berbaris-baris
jika bercakap tanpa bertapis
semua orang akan ditepis
hati berdetik dalam cahaya
seperti belati menikam dada
jika bercakap tanpa fikirnya
musim berganti pun takkan lupa
hati-hati minum di gelas
kalau terlepas pecahlah nanti
kadang-kadang terlepas balas
kerana bisanya mencucuk hati
untuk menjadi seorang perwira
harus bertapa di dalam gua
walau ilmunya sampai menara
janganlah sampai jadi mua
pergi ke pasar membeli pulut
beli juga itik sekati
apa yang keluar dari mulut
sebenarnya ia melambangkan hati
kalau tilam sudahlah basah
jemur sekarang di atas atap
nak bercakap elok pun susah
itu tandanya akhlak dah ranap
mari menyanyi sambil menari
menyanyi menari ikut irama
kesalahan orang asyik mencari
kebaikan orang susah diterima
anak ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
kelemahan diri sentiasalah di suluh
buruknya  dibuang baiknya ditelan
kalau tuan bawa setanggi
bawakan juga kayu lidi
bahasa elok kerana akhlaknya tinggi
telah diajar tentang budi
lebatnya daun bunga tanjung
berbau harum bunga cempaka
kalau terasa diri setinggi gunung
orang di bawah dicemuhnya belaka
kayu cendana di atas batu
sudah diikat di bawa pulang
barangkali caranya sudah begitu
kerana mulianya sudah hilang
makan roti lemaknya inti
sudah makan mencari air
bencinya ini penuh erti
hingga berfikir tanpa akhir
jika tuan membeli bidara
belilah hanya berpada-pada
bila hati tak dapat bicara
getar terasa di dalam dada
kuda perang berpacu kencang
kuda beban berjalan pelan
jangan sentiasa berteriak lantang
nanti lupa mana kesalahan
nenek menjemur hasil jerami
untuk di jual di pasar tani
akal menunjukkan jalan di bumi
hati menunjukkan jalan nurani
anak kucing bermain papan
bermain juga buah rotan
hilang hormat kerana percakapan
hilang rasa kerana perbuatan
datuk ke hutan membawa kapak
pergi bersama pak budik
bahasa itu melambangkan akhlak
cara diajar cara dididik
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
WAHAI WANITA
 
Jika seseorang wanita Muslimah memakai HIJAB(JILBAB), secara tidak langsung dia berkata kepada semua lelaki: "Tundukkanlah pandanganmu, aku bukan milikmu serta kamu juga bukan milikku. Tetapi aku hanya memilih orang yang dihalalkan Allah untukku. Aku orang yang merdeka dan tidak terikat dengan sesiapa pun aku tidak tertarik kepada sesiapapun, kerana aku jauh lebih tinggi dan terhormat berbanding mereka yang sengaja menampakkan auratnya supaya dinikmati oleh orang ramai".
Wanita yang bertabarruj atau mempamerkan auratnya dan menampakkan keindahan tubuhnya di depan kaum lelaki akan mengundang perhatian lelaki hidung belang dan serigala berbulu domba. Secara tidak langsung dia berkata: " Silakanlah anda menikmati keindahan tubuhku dan kecantikan wajahku. Adakah orang yang mahu mendekatiku? Adakah orang yang mahu memandangiku? Adakah orang yang mahu memberikan senyumannya kepadaku? Atau adakah orang yang berseloroh......Aduhai betapa cantiknya......?
Wanita yang mempamerkan auratnya dan keindahan tubuh badannya laksana pengemis yang merengek-rengek minta dikasihani. Inilah yang mengundang perhatian lelaki untuk menggoda kaum wanita. Dia ibarat binatang buruan yang datang sendiri ke perangkap sang pemburu...