Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Thursday, September 22, 2011

BILA TANGAN BERBICARA
saya selalu ke blog intan
hasil sentuhan dari azlita
bila melihat hati terpampan
kreatifnya dia jadi terkesima
mesti azlita suka mencuba
juadahnya sentiasa nampak berselera
memasak ini terapi jiwa
jadi hobi bagi yang suka
bila tengok terus nak cuba
walau tak tau lagi jadi apa
kalau memasak ikhlas sentiasa
menikmatinya juga sedap semua
azlita memasak pelbagai resepi
kreatifnya semua cara dipamerkan
ingat dulu mula-mula jadi suri
selalu ditegur cara masakan
pandainya azlita hias cheese tart
comelnya tengok sayang nak makan
memasak ini jika selalu dibuat
datanglah kepandaian dari pengalaman
terpegun tengok kek lapis surabaya
nak dicuba rasa tak yakin
suami janganlah marah buat-buat loya
masakan isteri jika termasin
saya mencuba kek karamel
cantik rupa nak tahu rasanya
biasalah suami suka membebel
maklumlah rasa tak sama macam ibunya
roxy cake azlita pelbagai warna
bijak sungguh cara kombinasinya
setiap insan memanglah tak serupa
lain tangannya lainlah bicaranya
cucur udang azlita tambah tepung beras
cara membuatnya pun tidaklah susah
jika sedap pujilah ikhlas
jika kurang kritiklah berhemah
lamanya tak makan tepung gomak
yang sedapnya hanya di terengganu sana
hargailah apa yang isteri masak
barulah lidah rasanya sempurna
mesti sedap stew daging azlita
nak cuba banyak juga bahannya
suami-suami contohilah cara Rasullullah berbicara
tentang juadah yang dihidang isteri Baginda
sedap juga asam pedas Melaka
pernahlah rasa masa duduk di Johor
kita si isteri mesti terus mencuba
janganlah berputus asa bila ditegur
abang terlupa nak beli halia
nak tiru cara azlita masak kupang
sediakanlah juadah seikhlas cuba
jika tak tenang rasa pun kurang
azlita mencuba mee bandung istimewa
katanya resepi dari emak chef wan
pelbagai corak ragam rumahtangga
seperti masakan pelbagai ramuan
emak pernah membuat nasi kebuli
rupanya sama macam azlita juga
juadah disedia dari air tangan sendiri
rasa seronok bila keluaga berselera
gebunya rupa kek chiffon gula melaka
hebat sungguh resepi azlita ini
biarlah yang memuji tak seikhlas mana
rasa bersemangat nak memasak lagi
terliur tengok sagu tembikai susu
hanya diletak dalam cawan saja
wahai isteri masaklah selalu
inilah salah satu kunci bahagia berkeluarga
petang ini nak buat pengat nangka
azlita banyak dah tunjuk jalan
kalau tak pandai teruslah mencuba
tanamkan kerajinan lupuskan kemalasan
pandainya azlita buat pau pandan inti kelapa
hanya di muar sedap dimakan
biar siapa pun kita apapun kerjaya
jadilah memasak satu kewajipan
macaroon diletak pelbagai warna
elegannya azlita letak dalam cawan
memasaklah dengan hati gembira
di situ nanti ada keberkatan

9 comments:

  1. Terima kasih Hajar...
    tersentuh dan terharu akak
    terima kasih atas segalanya...

    ReplyDelete
  2. Cantik pantunnya..
    dan cantik juga org yang diceritakan dalam pantungnya..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Hajar, lompat dr dapur Ita nih....Waaaahhh cantik pantunnya...baca pun sesedap rasa.. Mmg akak pun salah seorang yg dah hari2 kena masuk blog Ita, xdan komen pun, jeling jadi laaa...hehehe... Dia mmg kretip, rajin mengolah dan hasilnya sangat terlebih cantik sudahnya...hehe.. kelebihan dia dan seikhlasnya dia berkongsi... Masa byk diambil, itu pengorbanan dia jugak..wpun suri rumah ramai sepertinya, tp susah nk cari yg serajinnya berkongsi di dapur alam maya dia tu.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam selamat hari raya, sdp bait2 puisi ni...tahnia..resepi dari Kak ita mmg sdp belakakan

    ReplyDelete
  5. Assalam hajar..nnt leh la jenguk2 blog sy jgk ye 'sweethepi.blogspot.com' ..anyway, pandai awak bpantun..suke lak sy bc..well mmg kak azlita sgt pandai n kreatif memasak..sy pun hr2 jenguk blok kak ita ..kak ita byk memberi inspirasi dlm hidup sy.. ;-)

    ReplyDelete
  6. tak termampu ilahjy mengarang sebegini walaupun suatu masa dulu pantun adalah darah daging ku ..tahniah buat ita kerana dek ita lawa dihargai sebegini.. jauhari sahaja yg mengenal manikam eemmm betoi ker peribahasa kak ilah ni ...sama ummi ..ilahj juga lompat dari dapo ita...sama ummi ilahjy juga pengunjung setia ita...3 kali sehari masuk jamu selera di dapo ita lawa...

    ReplyDelete
  7. pandainya mengarang pantun...creative! k.ita pun rajin dan teliti dlm setiap hasil kerja beliau..kagum...

    ReplyDelete
  8. as salam....dtg dr blog kak ita ni....mmg terpaku sekejap baca pantun nih....sungguh kreatif.. :) klu lia setahun pun x siap buat pantun mcm ni.... :) tp sejujurnya lia mmg selalu masuk blog kak ita....setiap hari mesti nak singgah..suka tgk masakan dia...semuanya sedap2 belaka n byk juga lah yg lia dah cuba.....

    ReplyDelete
  9. as salam....dtg dr blog ita...asyikknya pnatun ni wat hati sayu trsentuhh...

    ReplyDelete