Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

islamic Pictures, Images and Photos

Monday, July 25, 2011

BERLALUNYA IA.....HARGAIKAH KITA?
tiada satu hari pun bila terpancarnya mentari
melainkan masa akan menyeru berbunyi
akulah masa! menyeru kepadamu insani
aku masa yang baru datang menyinggahi
hanya pekerjaanmu nanti akan menjadi saksi
sebagai bekalan dikemudian hari
sesungguhnya selepas aku pergi
pasti aku tidak akan kembali lagi
hinggalah sampai ke hari kiamat nanti
wahai masa!
kiranya umur remaja
datang menjelma
nescaya kan ku cerita
feel orang tua
semua yang hidup bagaikan dalam bahtera pelayaran
setiap hari dan bulan kian jauh dalam perjalanan
berhari bermalam semuanya bagai dalam impian
dunia ditinggalkan kubur jua yang berdekatan
belum pernah kita menyesali setiap hari
melainkan penyesalan kita apabila terbenamnya matahari
semakin singkat sebenarnya umur kita ini
sedangkan amalan kita takut-takut tidak bertambah lagi
seorang penyair bersyair berlagu:
"bila berlalu sehari dalam hidupku
hidayatku masih belum bertambah mutu
keranaku tidak dapat menambah ilmu
hari itu tiada ertinya dalam hidupku"
seorang pemuda yang menganggur
hidup dalam keluarga aman makmur
dia sering terdedah dalam kerja kotor
masa kosongnya mencari berahi
setiap waktu dengan perkara keji
masa kosongnya tidak dihargai
menyebabkan bala datang menguji
pekerjaan hari ini ditangguh rosak
kerana segan bukannya sibuk
siapa tahu hari esok
mungkin ajal datang menjenguk!
kanak-kanak kian dewasa
orang tua akan ke pusara
pertukaran dari masa ke semasa
pagi bertukar malam dan seterusnya
malam kian beransur tua
siang hari datang menjelma
setiap yang muda menjadi tua
akhirnya ke pusara tempatnya semua!
Asmu'i bercerita:
"seorang wanita desa sedang memakai celak indah
sebelah tangannya pula memegang seutas tasbih....masyaallah!
dia sangat hairan kenapakah wanita inilah
semasa sedang berzikir kepada Allah
dimasa inilah juga bersolek merah
lantas dia mencelah:'di manakah tasbih dan make up ini?'
jawab siwanita ini:
'setiap masa berlalu ku hargai
ada masa ku beribadat kepada Ilahi
masa senang ku berhias diri
untuk melayan masa kepulangan suami'
kata Asmu'i:
" kini ku mengerti...dia wanita solehah terpuji...dia bersolek untuk suami"
kenapa leka dari berbakti
di hari Mahsyar perlu membekali
berbekallah sebelum mati
sebelum berkumpul di sana nanti
di masa hidupmu tiada bertani
waktu menuai menyesal nanti
kerana cuai leka dan lali
waktu menyemai nanti menanti
bekali dirimu sifat takwa
malam siang tidak terduga
hilang suria malam menjelma
bolehkah kau hidup di pagi harinya?
ramai manusia sihat sahaja
ajal menjelma pergi mereka
ramai sakit sepanjang masa
terus hidup beberapa ketika
ramai bilangan teruna dan dara
pagi petang aman sentosa
tiba-tiba terkapan seluruh anggota
tiada diketahui tiada terduga
kerja hari ini jangan dilewati
kerana malas menyusuk diri
di hari esok kita belum pasti
mungkin lemah datang lagi
selesaikan kerja hari ini
jangan ditangguh sampai ke pagi
siapa jamin di esok hari
malang tak berbau datang dekati?
jangan kita mengkeji masa
yang keji adalah diri kita
setiap masa tiada celaka
yang celaka diri kita
kita membebel kepada masa
masa bukan membawa dosa
andai masa boleh berkata
nescaya kita dia mendakwa
kita bertanya kepada masa
masa bodoh jahil berleluasa
keburukan boleh dibangga
kejahatan turut serta
hati ingin bertanya
ada jalan ke arah mulia
jalannya hanya dua perkara
pertama jahil kedua leka
"bEkErJaLaH uNTuK DuNIaMu SeOlAh-OlAh KaMu AkAn hIdUp SeLaMa-LaMaNyA
dAN bEkErJaLaH uNTuK AkhIRaTmu SeOlAh-OlAh KaMu aKan MatI Di EsoK haRI"



No comments:

Post a Comment