
LeLaKi iNi
pemuda-pemuda yang dipersiapkan menuju mercu kejayaan
tidak memilih agama selain ISLAM sebagai anutan
yang telah mengasuh mereka lalu menumbuhkan suatu tumbuhan
harum baunya indah pepohonnya siang dan malam saling bergantian
jika menyaksikan peperangan mereka semuanya pahlawan-pahlawan
sedia menggempur gunung ganang dan benteng-benteng pertahanan
setibanya waktu petang mereka semuanya sama kelihatan
tiada membuat sia-sia melainkan sujud-sujudan
demikianlah ISLAM membentuk anak-anak sebagai negarawan
menjadi pemuda-pemuda ikhlas merdeka penuh kepercayaan
ISLAM mengenalkan bagaimana kiranya hendak membina kemuliaan
sehingga mereka enggan diikat dengan syarat atau dihinakan
jangan contohi apa yang didakwakan kaum Nasrani tentang nabinya yang diagungkan
tapi rangkaikanlah kepujian dan karangkanlah ianya penuh keindahan
tonjolkanlah peribadinya apa yang tertera dari kemuliaan
tonjolkanlah darjatnya apa yang terlintas dari kebesaran
inilah Rasulullah yang mempunyai keutamaan tiada had tiada batasan
untuk dibicarakan oleh sesiapa pun dengan kalam juga lisan
hanya yang tak dapat dinafikan bahawa dia itu adalah insan
manusia terbaik di sisi ALLAH dari sekalian makhluk Tuhan
mampukah wahai pemuda mengira keutamaan Nabi junjungan yang meliputi semua kelebihan
contohilah teladan Nabi mengenai ketegasan dalam sesuatu keputusan
Baginda telah diberikan kejayaan dalam segenap apa yang dikendalikan
tiada lain kerana ketajaman sahsiah, kepintaran dan kemuliaan akhlak yang tiada tandingan
wahai pemuda bangunlah dari tidur yang melenakan
jauhkanlah dari akhlak songsang laksana samseng jalanan
ambillah teladan dari semua sifat Nabi yang ditonjolkan
bawalah ia dalam kehidupan seharian juga untuk membina negarawan
pasti suatu saat umat menjadi gemilang di setiap zaman
contohilah juga generasi Sahabat, Salafussalih, Tabi'in dan orang yang datang kemudian
sebagaimana kata-kata Nabi sebagai pesanan
"Sahabat-sahabatku laksana bintang-bintang,
maka dengan siapa saja yang kamu ikutkan
nescaya kamu akan mendapat pimpinan"
No comments:
Post a Comment