Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Tuesday, October 1, 2013

GURINDAM HATI
oleh: NOORLAILA GHAFFAR
MAJALAH WANITA OKTOBER 2013
 
andai hati sebening air, pasti akal matang berfikir
andai hati sering berzikir, ingatkan Allah tidak dimungkir
andai hati sering tafakur, pasti syaitan jatuh tersungkur
andai hati sentiasa terfikir, niat yang jahat pasti disingkir
andai hati sentiasa jujur, pasti perbuatan tidak terlanjur
andai hati sentiasa bersabar, pasti emosi tenang dicabar
andai hati sentiasa setia, pasti hidup damai bahagia
andai hati jauhi dosa, pasti hidup akan selesa
andai hati tidak tercela, pasti Allah memberi pahala
andai hati sentiasa bertakwa, pasti kuat azam dijiwa
andai hati seindah permata, pasti dijauhi segala sengketa
andai hati sentiasa memaaf, pasti hidup tiada khilaf
andai hati sentiasa beriman, Quran dan hadis jadi pedoman
andai hati sesuci embun, amalan baik pasti bertimbun
andai hati sentiasa tawakal, pasti hidup tabah dan cekal
andai hati sentiasa dicuci, pasti tiada orang akan membenci
andai hati tidak berbalah, mudah dihadapi segala masalah
andai hati sentiasa bersih, Allah memandang penuh kasih

No comments:

Post a Comment