Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

islamic Pictures, Images and Photos

Thursday, October 20, 2011


"andaikata ALLAH tidak mempedulikan kehendakmu
nescaya takkan ada pilihan bagi semua manusia
andaikata DIA tidak memberi petunjuk jalanmu
nescaya kau akan tersesat sekalipun ada di langit sana"

Wednesday, October 12, 2011

LA TAHZAN!!!
semangat dan azam untuk hidup hari ini
tanpa kesedihan
tanpa keresahan
tanpa kemarahan
tanpa kedengkian
tanpa kebenciaan

saya suka rancangan Martha

bab masakan lah selalu teruja

orang selalu suka mengata

bukannya nak muhasabah cari kelemahannya

segmen martha hebat belaka

seronoknya NTV7 siarkan rancangan

jangan berduka jika dicerca

pasti ada pahala atas kesabaran

martha masak pelbagai mee

rasa nak cuba takut tak jadi

kita selalu rasa didengki

kerana nikmat yang kita punyai

martha masak pie guna gula perang

resepinya sedap sedikit melekit

zaman dulu zaman sekarang

banyak beza bukan sedikit

kreatifnya martha jahit alas meja

dijahitnya renda bunganya macam ditekat

duduk rumah orang ikutlah caranya

barulah ada kata sepakat

sedapnya tengok resepi pasta

cara masaknya senang sahaja

kalau tak tahu cubalah tanya

janganlah cuba memandai pula

cantiknya bekas martha letak lagsana

sedapnya rasa dah pun cuba

kalau dah kena komen carilah sebabnya

janganlah mengata orang lain pula

martha masak resepi itik

dicampurkan juga hirisan betik

apa guna cari bini yang kononnya cantik

kalau laki tak pandai nak didik

martha kukus isi ketam

diletaknya di pinggan penuh berseni

nampak salah janganlah diam

tegurlah macam anak sendiri

rancangan martha meliputi keseluruhan

dari masakan,dekorasi, jahitan juga kraftangan

jika kita berjaya mencapai langit kemuliaan

maka musuhnya adalah bintang-bintang kedengkian

barang-barang martha pelbagai fungsi

semuanya ada senang nak guna

kita selalu lupa Allah yang bagi rezeki

dalam pelbagai bentuk pelbagai rupa

martha memasak air rebusan

ditunjukkan cara masak sup ikan

kesabaran adalah penyebab kemuliaan

diam adalah penyebab kekuatan


SENYUMLAH

membuat jiwa bergembira hati berbahagia

kemuncak kegembiraan hujung segala sukacita

petanda kemurahan hati kelapangan dada

wajah yang berseri tanda suka memberi

dan tentu bersuka cita ketika dipinta

ia bagaikan pagi yang diharapkan

dan bintang yang dinantikan

tapi.........

muram durja adalah cermin dari jiwa yang kacau

dan hidup menjadi kering kontang kacau-bilau

wajah mereka masam kerana kesombongan

seolah-olah mereka di campak dengan paksa ke jahannam

tidak seperti kaum yang jika engkau temui bak bintang-bintang

yang menjadi petunjuk bagi pejalan malam

hidup ini adalah seni yang perlu dipelajari dan ditekuni

ELIA ABU MADHI BERKATA:

orang berkata:

"langit selalu berduka dan mendung"

tapi aku berkata:

"tersenyumlah, cukuplah duka cita di langit sana"

orang berkata:

"masa muda sudah berlalu dariku"

tapi aku berkata:

"tersenyumlah,bersedih hati menyesali masa muda tidak berguna"

orang berkata:

"langitku yang ada di dalam jiwa, sudah membuatku merana dan berduka

janji-janji sudah mengkhianatiku

ketika kalbu sudah menguasainya

bagaimana mungkin jiwaku sanggup mengembangkan senyum manisnya"

tapi aku berkata:

"tersenyum dan berdendanglah

ketika engkau membandingkannya

semua usiamu akan habis untuk merasa sakitnya"

orang berkata:

"perniagaan selalu penuh muslihat dan penipuan

ia bagaikaikan musafir yang akan mati duserang rasa haus"

tapi aku berkata:

"tetaplah tersenyum sebab engkau akan mendapat penangkal dahagamu

cukuplah engkau tersenyum sebab mungkin hausmu

akan sembuh dengan sendirinya

maka mengapa engkau bersedih hati dengan dosa dan kesusahan orang lain

apatah lagi hingga engkau seolah-olah yang berbuat dosa dan kesalahan itu?"

orang berkata:

"sekian hari raya sudah nampak tanda-tandanya

seolah-olah menyuruhku membeli pakaian dan anak patung

manakala aku punya kewajipan ke atas kawan-kawan dan saudara

namun tapak tanganku tidak memegang walaupun hanya satu dirham"

tapi aku berkata:

"tersenyumlah, cukuplah bagi dirimu kerana engkau masih hidup

dan engkau tidak kehilangan saudara dan kerabat yang engkau cintai"

orang berkata:

"malam memberiku minuman 'alijamah"

tapi aku berkata:

tersenyumlah,walaupun engkau makan buah 'alqamah

mungkin saja orang yang melihatmu berdendang

akan membuang segala kesedihan

apa engkau ingat dengan masam akan memperoleh dirham?

atau engkau merugi kerana menampakkan wajah berseri?

saudaraku....tidak membahayakan bibirmu jika engkau mencium

jika tidak membahayakan jika wajahmu nampak cantik berseri

tertawalah......

sebab meteor-meteor labgit juga tertawa, mendung juga dengan tawanya

sebab itu kami mencintai bintang berkelipan"

orang berkata:

"wajah berseri tidak membuat dunia bahagia

yang datang ke dunia dan pergi dengan gumpalan amarah"

tapi aku berkata:

"tersenyumlah, selagi antara engkau dan kematian ada sejengkal

selepas itu engkau tidak lagi akan tersenyum"


Thursday, September 22, 2011

BILA TANGAN BERBICARA
saya selalu ke blog intan
hasil sentuhan dari azlita
bila melihat hati terpampan
kreatifnya dia jadi terkesima
mesti azlita suka mencuba
juadahnya sentiasa nampak berselera
memasak ini terapi jiwa
jadi hobi bagi yang suka
bila tengok terus nak cuba
walau tak tau lagi jadi apa
kalau memasak ikhlas sentiasa
menikmatinya juga sedap semua
azlita memasak pelbagai resepi
kreatifnya semua cara dipamerkan
ingat dulu mula-mula jadi suri
selalu ditegur cara masakan
pandainya azlita hias cheese tart
comelnya tengok sayang nak makan
memasak ini jika selalu dibuat
datanglah kepandaian dari pengalaman
terpegun tengok kek lapis surabaya
nak dicuba rasa tak yakin
suami janganlah marah buat-buat loya
masakan isteri jika termasin
saya mencuba kek karamel
cantik rupa nak tahu rasanya
biasalah suami suka membebel
maklumlah rasa tak sama macam ibunya
roxy cake azlita pelbagai warna
bijak sungguh cara kombinasinya
setiap insan memanglah tak serupa
lain tangannya lainlah bicaranya
cucur udang azlita tambah tepung beras
cara membuatnya pun tidaklah susah
jika sedap pujilah ikhlas
jika kurang kritiklah berhemah
lamanya tak makan tepung gomak
yang sedapnya hanya di terengganu sana
hargailah apa yang isteri masak
barulah lidah rasanya sempurna
mesti sedap stew daging azlita
nak cuba banyak juga bahannya
suami-suami contohilah cara Rasullullah berbicara
tentang juadah yang dihidang isteri Baginda
sedap juga asam pedas Melaka
pernahlah rasa masa duduk di Johor
kita si isteri mesti terus mencuba
janganlah berputus asa bila ditegur
abang terlupa nak beli halia
nak tiru cara azlita masak kupang
sediakanlah juadah seikhlas cuba
jika tak tenang rasa pun kurang
azlita mencuba mee bandung istimewa
katanya resepi dari emak chef wan
pelbagai corak ragam rumahtangga
seperti masakan pelbagai ramuan
emak pernah membuat nasi kebuli
rupanya sama macam azlita juga
juadah disedia dari air tangan sendiri
rasa seronok bila keluaga berselera
gebunya rupa kek chiffon gula melaka
hebat sungguh resepi azlita ini
biarlah yang memuji tak seikhlas mana
rasa bersemangat nak memasak lagi
terliur tengok sagu tembikai susu
hanya diletak dalam cawan saja
wahai isteri masaklah selalu
inilah salah satu kunci bahagia berkeluarga
petang ini nak buat pengat nangka
azlita banyak dah tunjuk jalan
kalau tak pandai teruslah mencuba
tanamkan kerajinan lupuskan kemalasan
pandainya azlita buat pau pandan inti kelapa
hanya di muar sedap dimakan
biar siapa pun kita apapun kerjaya
jadilah memasak satu kewajipan
macaroon diletak pelbagai warna
elegannya azlita letak dalam cawan
memasaklah dengan hati gembira
di situ nanti ada keberkatan

Monday, September 19, 2011

BILA HATI BERLAGU
ziarah sepupu di Hulu Langat
dijamunya mee sedapnya rasa
kadang-kadang hati jadi hangat
berlagu pilu berlagu gembira
abang terlajak masuk VIVA
katanya kedai baru dibuka
niatlah ziarah ke rumah saudara
erat jiwa sesama kita
banyak sungguh benda nak dibeli
nak jadikannya koleksi sendiri
takkan nak menjemput disyawal begini
niatlah ziarah kunjung-mengunjungi
tengok kristal silaunya mata
ikutkan nafsu nak semua
nak ke rumah kawan jauhnya ke sana
tuannya tak ada di rumah pula
katil bujang simplenya ukiran
sesuai untuk anak teruna
kita buat pelbagai alasan
menolaknya dengan pelbagai cara
mangkuk itu dah lama jadi impian
tapi duit pula tak cukup di tangan
Allah kurniakan macam-macam kawan
ada yang jadi taman ada juga jadi hutan
perabot dijual ada juga yang rotan
cantik sungguh warnanya dipandangan
dulu awak sahabat kiri kanan
kini jadi teman permusuhan
bunga itu digubahnya bersahaja
mahalnya harga nampak mewahnya
Allah memberi pelbagai rasa
untuk menguji kesabaran kita
kali ini berjalan-jalan sahaja
rasa suasana tengok sekali harganya
sayangilah seseorang berpada-pada
barulah rasa rentaknya sempurna
puas berjalan makanlah pula
cuba merasa masakan jawa
hati telah tawar rasanya
terbit rasa pahit maungnya
nak datang lagi membeli pula
hati telah terpaut di VIVA ini
hati ini remuknya berganda
moga suatu hari manisnya berganti

Thursday, July 28, 2011

HidUp pEnUh PiLiHaN
MALAM SABTU PERGI PUTRAJAYA
ABANG AJAK TENGOK BUNGA API
SINGGAH SEKALI RUMAH TEMAN LAMA
BERTANYA KHABAR HIDUPNYA KINI
cantik sungguh kapal berhias
jarang sekali dapat tengok
masuk rumahnya macam tak boleh nak bernafas
terkejut tengok apa yang berlonggok-longgok
BANYAK SUNGGUH BUNGA-BUNGAAN
CANTIK SEKALI YANG DIPAMERKAN
LAIN ORANG LAIN KEADAAN
ITU SEMUA REZEKI TUHAN
beli keropok dengan pencicah
minum pula air kelapa
kita rasa hidup dah susah
rupanya ramai lagi yang sengsara
ZAKIN MENANGIS NAK TENGOK KERETA
ZARIN MENANGIS NAK MINUM SUSU
SEDIH SUNGGUH TENGOK KEADAANNYA
SUSAHNYA TAK SIAPA YANG TAHU
berjalan terasa beribu batu
padahal tengok bunga-bungaan sahaja
kenapalah sehariannya sampai begitu
sayunya rasa tersentuhnya jiwa
BUNGA KARPET DARI PAKISTAN
YANG TERCANTIK DIPANDANGAN MATA
HIDUP MEMANG BANYAK PILIHAN
KITA MEMILIH BAHAGIA SENGSARA
dalam taman diletaknya tempayan
kreatifnya rekaan sebagai hiasan
utamakan kebersihan jagalah penampilan
suami sayang dapat keredhaan Tuhan
SUKANYA ZAHIN JUMPA HUMAIRA DAN ALI
JARANG-JARANG SEKALI DAPAT JUMPA SEPUPU
KENA SELALU MUHASABAH DIRI
KENAPA ALLAH MENGUJI BEGITU
takjubnya tengok masjid besi
bijaknya Allah bagi inspirasi
berdampinganlah selalu dengan Rabbi
selalulah membaca kitab suci
SOLAT MAHGRIB DI MASJID INI
USTAZ OSMAN IMAM RUPANYA
TANAMKAN SYUKUR REDHA DIHATI
SEMUANYA UJIAN SUKA ATAU DERITA
selepas solat sempat berkenalan
kakak itu panggilnya kak nab
suami mesti bijak memainkan peranan
isteri mesti cerdik memainkan tanggunggjawab
TENGOK BUNGA API CANTIK SUNGGUH PERCIKAN
SERONOK TENGOK SAMPAI TENGAH MALAM
BERUMAHTANGGA MACAM-MACAM UJIAN
ADA YANG SETITIK ADA YANG SEGENGGAM
dalam kereta zahin berdengkur
zakin pula berpeluh-peluh
apa yang Allah kurniakan lebih selalulah bersyukur
apa yang kurang janganlah mengeluh
INILAH CERITA SEORANG TEMAN
MOGA HIDUPNYA ADA SINARAN
MOGA HIDUPNYA BERTAMBAH IMAN
MOGA HIDUPNYA DIBERI KEKUATAN
MOGA HIDUPNYA DITAMBAH KEBERKATAN
MENDIDIK ANAK PENUH KEAZAMAN
SEMUA YANG ALLAH KURNIAKAN ALLAH PAPARKAN
TIADA LAIN UNTUK MENGUJI INSAN
TABAHKAH SANGGUPKAH REDHAKAH SYUKURKAH DENGAN CUBAAN
DENGAN SEGALA RINTANGAN
INILAH KEHIDUPAN
PENUH DENGAN JALAN PILIHAN
DI TANGAN KITA MEMILIHNYA SEBAGAI ACUAN
INSAN KERDIL DI SISI TUHAN