Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

islamic Pictures, Images and Photos

Wednesday, May 9, 2012


DIALAH JIRAN
pagi ini sarapan roti
minum pula air kopi
apakah kita ambil peduli
siapa jiran yang mengelilingi
sabtu lepas ke pesta buku
ramainya manusia tak terkata
kadang-kadang kita tidak tahu
mereka sendu atau sendawa
jumpa Ustaz Don rasa teruja
rancangannya bermanfaat sekali
kenalilah jiran bertegurlah sapa
walau bangsanya berbeza kanan kiri
banyaknya buku abang beli
ensiklopedia solat salah satunya
sejak kami pindah ke sini
jiran kami India dan Cina
mama membeli CINTA TIGA RASA
karya Noraslina Jusin panduan berumahtangga
ini kisah Ah Mei depan sana
dialah jiran yang sangat mesra
paling seronok Zahin dan Zakin
bukunya banyak yang dibeli
Ah Mei ini sangatlah rajin
menyiram pokok setiap hari
habis borong buku ke IKEA pula
abang kata nak cari lampu
Ah Mei bersuara satu taman bergema
sebagai jiran kami semua dah tahu
bila ke IKEA semua tempat nak diredah
mulalah berangan cara nak hias rumah
kami memberi karipap sambil ziarah
dibalasnya pula mee goreng basah
penatnya berjalan sakitnya bahu
rasa seronok walau dibelinya sikit
kali kedua kami memberi keropok Terengganu
dibalasnya pula chipsmore berpeket
dari IKEA ke Jusco pula
abang mengambil barang yang ditempah
kami memberinya pula kek istimewa
dibalasnya pula kek secret recipe untuk dijamah
seronoknya mama dapat bekas berkaca
JUSCO kat sini memang tak terjangka
kadang-kadang rasa geli hati juga
jika di beri pantas dibalasnya
cantik sungguh barang hiasan
cantik juga sarung bantal bersulam
kami memberi ikhlas sebagai jiran
moga mereka nampak indahnya Islam
balik rumah baru terasa lenguh
ketika berjalan tak ingat dunia
moga suatu masa ALLAH memasukkan hidayah
ALLAH membuka hati mereka semua
mama hanya masak sup
untuk semua sebelum terlena
salah satu nikmatnya hidup
ALLAH kurniakan jiran yang mesra
Zahin Zakin dan Zarin keletihan dah dibuai mimpi
esok ke destinasi lain pula
jiran tetangga sentiasalah dihormati
barulah hidup aman sentosa








Wednesday, March 14, 2012

Aku mengamati semua sahabat
Tetapi tidak ku temui sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah....
Aku memikirkan tentang semua pakaian
Namun tidak kutemui pakaian yang lebih baik daripada takwa....
Aku merenung tentang segala jenis amal yang baik
Namun tiada yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik....
Aku mencari segala bentuk rezeki
Tetapi aku tidak menemui rezeki yang lebih baik daripada sabar...
-KHALIFAH 'UMAR-

Friday, February 17, 2012


" KaDaNg-KaDaNg AkU MaLu PaDa DiRiKu...
AkU MaLu PaDa TuHan.....
SeTiaP KaLi Ku HiTuNg AmALkU Ku NiLaI IkHLaSkU
TeRnYaTa BaNyAk CaLaR DaN ReTaKnYa!!!!! "
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman. Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang"

Friday, January 27, 2012

DIALAH HATI
"life dosen't go as we like,
unless we had faith and might to
change time such as to move according to where we like"
ingin ku membisu tanpa kata-kata berliku
namun hati dan bicara tak sekata bersatu
ingin ku menyepi tanpa rasa menyendiri
namun tak siapa cuba untuk memahami
ingin ku melempar kepahitan yang menerjah
namun ingatan ini lebih kuat menjengah
ingin ku membenci sekeliling yang berlegar
namun ia mendekat penuh rasa segar
ingin ku campak kepedihan yang bertamu
namun ia tetap datang tanpa jemu
ingin ku menyampah yang melayanku bagai sampah
namun hati tahan sabar menjadikanku gagah
ingin ku menjauh tanpa ada yang sedar
namun hati kuat menegah terus pudar
ingin ku berteriak tanpa rasa malu
namun dalaman mangajarku tidak melulu
ingin ku marah pada bicara yang panas
namun semua itu tidak membuatku lemas
ingin ku menerajang kerana datang cuai
namun ku sedar yang disemai itu dituai
ingin ku buang segala yang tak disengajakan
namun ku tahu aku merancang Allah melaksanakan
ingin ku kurung semuanya yang datang menjengahi
namun ku tahu pertemuan yang tak dijangka lebih baik dari temujanji
ingin ku kutip yang terjatuh semuanya sekali
namun masa yang hilang takkan kembali lagi
ingin ku campak semuanya agar hilang di hati hilang di mata
namun ku pasti hidup ini bagaikan tidak berguna
DiAlAh HaTi
SeKaLi TeRLuKa
PaRuTnYa MeLekAt SaMPaI BiLa-BiLa
UbaTnYa TeTaP AdA WaLaU KeSaNnYa MaSiH TeRaSa
BiLa SeNtIaSa DeKat DeNgAn PeNcIpTa
MeNgHaRaP KeTeNaNgAN HaNyA PaDaNYA

Thursday, January 26, 2012



Wednesday, January 11, 2012


sejarah adalah tauladan hidup...
yang baik untuk dipegang
yang jahat untuk dikekang
ia laksana sebuah pohon rendang yang tumbuh
bercabang yang kukuh
beranting yang rapuh
yang bergayut pada cabangnya yang kukuh selamatlah ia
yang bergayut pada rantingnya yang rapuh celakalah ia
tauladan hidup untuk manusia yang hidup
yang sedar itu hidup
yang lalai itu mati
cerita-cerita yang melambangkan sejarah hidup insani
untuk dikenang sebagai lambang
terkumpul di dalam 100 kuntum yang kembang
100 tangkai yang tidak songsang
100 contoh yang gilang gemilang
100 tokoh wanita yang terbilang
-SYED AHMAD SEMAIT-
buku ini berjaya mengarang satu kalung dari seratus bunga
dikemukakan dengan penuh hormat dan bijaksana
untuk kaum wanita terhadap semua usaha dan tenaga
membacanya membuatkan kita meneroka
wanita arab mempunyai kekutan jiwa
ketajaman minda dan kefasihan bicara
sejarah arab dan Islam melakar ribuan pentauladanan manusia
yang terbentuk di celah-celah kedudukan dan kepahlawanannya
menjadilah ia contoh-contoh hebat sangat istimewa
yang akan dituruti oleh generasi-generasi manusia
di sepanjang zaman yang bertimpa-timpa
tiadalah hairan jika dikata
kemulian manusia arab berkait rapat dengan kaum wanitanya
seperti syair ada berkata
"punca keruhnya air kerana buruk tanahnya
punca keburukan kaum kerana buruk pernikahannya"
ibu..........adalah tempat kepercayaan sang ayah
tempat kemegahan sang anak
dan tempat kemuliaan seluruh keluarga
dia.....tempat rahsia hidup lelaki
dan tempat rahsia matinya
juga sumber kebanggaan dan kebesaran hatinya
dia juga tempat simpan kesedihan dan sumber cita-citanya
daripadanya dia dilahirkan
dan untuknya dia berusaha
penawar ada di dalam tangannya di dunia
dan syurga berada di bawah tapak kakinya di akhirat.....
bacalah ia....
moga kita bertambah sempurna untuk menutupi kekurangan yang ada......
sebagai dara,isteri pelaksana,ibu rumahtangga,wanita bekerjaya.........
terangkum semuanya di tangan kita...
untuk diambil teladannya sesempurna ia....

Wednesday, December 21, 2011

SUASANA BARU
sarapan pagi honey star dan susu
makan juga telur dan roti
zahin sekarang ke sekolah baru
tadika Al-Hannah namanya terpatri
sambil memandu dengar Maher Zain
semua lagunya sedap didengar
hantar zahin bersama zakin dan zarin
setiap hari berkejar-kejar
jam 7.15 pagi dah masuk kereta
sedikit awal berbanding dulu
ke sekolah baru lainnya suasana
kereta banyak berpusu-pusu
balik rumah sidai pakaian
hari ini cerahnya cuaca
zahin seronok jumpa kawan
kawan lama tidaknya dilupa
selesai menyidai ngajilah sekejap
makanan rohani mesti diisi
pengisian di sini biarlah lebih mantap
mendidik jiwa jadi berani jadi insani
selepas itu ajar pula zakin mengaji
zakin mengaji iqra' juga
setiap hari kerja rumah diberi
seronok tengok zahin membuatnya
sediakan bahan nak masak dulu
kadang-kadang buntu fikir menu
banyak beza dengan Asy-Syakirin dulu
lain tempat lainlah cikgu
sudah masak tengok martha pula
rancangan tv paling diminati
ibu ayah sekarang majoritinya bekerja
anak mereka berdikari sendiri
habis sekolah sebelas tengah hari
rupanya jalan sibuk juga
budak KAFA berlari-lari
tukar baju ke sekolah pula
zahin balik ajarnya mengaji
habis mengaji barulah makan
mereka semua transit di sini
ke sekolah petang bersama kawan-kawan
habis kerja berehat lah semua
mama menonton Wanita Hari Ini
mula-mula tengok peliknya rasa
tak pernah melihat suasana begini
bila petang angkat pula sidaian
maklumlah cuaca kadang-kadang tak menentu
budak-budak sekarang penuh keberanian
bezanya kita zaman dahulu
jam lima petang semua dah mandi
zahin dan zakin mengaji lagi
suri tak bekerja dihantar anaknya sendiri
suri bekerja mengajar anaknya berdikari
sebelum maghrib abang dah pulang
makan malam semua bersama
moga anak-anak kini lebih matang
menghadapi hidup penuh warna
sepuluh malam semua dah berdengkur
menanti cabaran esok pula
inilah seharian yang ditempuh diakur
menambah pengalaman berganda-ganda