Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

islamic Pictures, Images and Photos

Tuesday, July 12, 2011

KENAPA ADA RIAK???
cik min buat kueh
bagila sikit kat jiran
kenapala suka bercerita lebih-lebih
hebat sangatkah kita sebagai insan?
sedapnya rasa biskut macaroon
cuba buat tapi tak jadi
kita bagaikan tak sedar apa yang dicakapkan
tak nak pula muhasabah diri
pagi-pagi dah sarapan
takut perut masuk angin
bila selalu rasa diri di hadapan
semua hak orang tak berkenan
sejuknya rasa jadi selesema
tapi tak nak makan ubat
orang yang mengata selalunya dah lupa
yang kena kata akan ingat ke liang lahat
sedapnya zarin makan bubur nasi
makan sampai dua tiga sudu
apalah sangat cerita perihal dulu-dulu
kalau nak tonjol riaknya aku
best jugak cerita Marimar
yang ditayang kat tv3
yang tu kadang-kadang rasa tercabar
nak dilawan ingat orang tua
ada pisang buat pengat
lama sungguh tak makan
kita sebagai hamba kena selalu beringat
Allah mecatat setiap amalan
banyaknya buku nak dibaca
kononnya macam tak ada masa
hari ini suka mengata
esok-esok pasti Allah membalasnya pula
masak nasi ada pula kerak
nak di buang sayangnya rasa
bila bercakap katanya takla riak
orang yang mendengar menyampah pula
cik nor nak beli manisan
katanya nak dibuat bekalan
sentiasalah muhasabah sesama insan
merendahlah diri jadikan amalan

Monday, June 27, 2011

LAW KA NA BAINANA
AnDaI RASULULLAH s.a.w BeRsAmA KiTa
oooohhhh...
alangkah sayunya sedihnya rasa
terus menusuk disegenap pelusuk jiwa
andai Rasulullah bersama kita
sangat terkesan memberi makna
syabas al-hijrah memaparkan ingatan untuk manusia
yang sering alpa akan sunnah NabiNya
sunnah diamalkan kerana rasa cinta
itulah nikmat terbesar pasti kita rasa
.....andai Rasulullah bersama kita.....
hidupkanlah sunnah amalkannya sentiasa
pasti kita merasa dekat dengan baginda
amalkanlah dengan penuh rasa cinta
pasti nikmatnya hanya kita yang rasa

Tuesday, May 10, 2011

Keperibadian wanita remaja

Nilai kecantikan wanita

Nafsu mengatakan

Perempuan cantik

Atas dasar rupanya

Akal mengatakan

Perempuan cantik

Atas dasar ilmu dan kepandaiannya

Dan hati mengatakan

Perempuan cantik atas dasar akhlaknya

Kaum wanita

Usahlah bangga

Dengan kecantikan

Kerana ianya hanya dicintai

Oleh nafsu

Tidak oleh akal dan hati

Orang yang bijaksana itu

Tidak jatuh hati

Pada perempuan

Kerana kecantikannya

Tapi kerana perjuangannya

ANAK-ANAKKU

Anakku dengarlah ku bermadah
Sebagai nasihat untukmu
Sebagai ingatanku dan kenangan untukmu
Anak-anakku yang tercinta

Jikamu alim, jadikanlah ia obor kepada semesta

Jikamu jahil bernaunglah di bawah cahaya

Jikamu kaya jadilah bank kepada masyarakatmu

Jikamu miskin berbanggalah untuk keredhaan Tuhanmu

Hindarlah dari meminta-minta

Supaya terpelihara keizzahanmu

Jika kau saudagar

Jauhilah riba betulkanlah timbangan

'Bertasamuhlah' dalam berjual beli

Jikamu perlu mintalah dari Tuhanmu

Agar manusia tidak menghinamu

Jika kau pemimpin

Jadilah payung kepada umatnya rendahkan sayapmu

Serahkan kepada kebijaksanaan ketuamu

Jika kau pejuang

Banyakkanlah mengingati Tuhanmu

Hadapilah musuh

Jangan melampaui batas-batasnya

Jika kamu menderita, terseksa
Berserahlah kamu
Itu tanda 'basyar' dari Tuhanmu

Tuhan kasih padamu

Kasih Tuhan lebih dari kasih seorang ibu kepada anaknya








Monday, May 9, 2011

SUSAHNYA NAK SYUKUR

SUSAHNYA NAK REDHA


Lamanya rasa menyepi

Bukanlah pergi menyendiri

Tapi cari ilham yang kadang-kadang menyepi

Dulu berada jauh di Selatan

Macam-macam Allah bagi perasaan

Kegembiraan, kesedihan, kesugulan....kesyukuran

Ada juga macam-macam ragam insan

Yang menyuntik, memberi, menerima pelbagai pengalaman

Syukur pada Tuhan yang mendidikku jadi 'insan'

Hari ini kembali ke kota

Dugaan sentiasa ada menjengah rasa

Ianya juga bagaikan lintasan menguji jiwa

Rezeki pun sentiasa kunjung tiba

Menambah permataku juga jadi tiga

Semuanya perwira yang ingin ku didik jadi 'HAFIZ' belaka

Fizikalnya nampak senang semua

Allah memberi kita menerima

Walau kadang-kadang tercalarnya SYUKUR hilangnya REDHA

Mengapa semua ini Allah kurniakan

Hinggakan tertanam titik hitam ternoda perasaan

Walau sudah tahu setiap orang di beri kelebihan di beri kelemahan

Tetapi nak menerima payahnya Ya Tuhan......

Allah kurniakan akal fikiran

Untuk muhasabah diri gali dan tanamnya sebagai peringatan

Al-Quran bukan sekadar tadahan sekadar perhiasan

Tetapi jadikanlah ia teman amalan

Setiap waktu setiap keadaan

Di situ pasti Allah hantarkan kekuatan

Untuk menggenggam kembali apa yang telah jauh dari pandangan

Jauh dari perasaan

Kini SYUKUR dan REDHA kembali Allah sematkan

Kepadaku insan sebagai Hamba Tuhan.......


TERIMA KASIH TUHAN

MEMBERI RASA HIDUP INI PENUH KENIKMATAN!
























Monday, January 18, 2010

BERSYUKURLAH DENGAN KURNIAAN ALLAH

Hari kelmarin berlalu sudah
Menempuhinya dengan penuh tabah
Hari ini Allah kurniakan hadiah
Menerimanya dengan penuh pasrah
Lama menanti saat ini dengan doa seiklas tadah
Akhirnya Allah mengurniakannya tanpa rasa gundah
Kita insan bijak merancang segala hal tak sudah-sudah
Kadang-kadang merancangnya dengan rasa penuh hemah
Tapi perancangan Allah lagi baik penuh hikmah
Allah mengaturnya dulu tanpa kita menyedari ianya sugguhlah indah
Bersyukurnya rasa dengan segala kurniaan Allah
Kerana segala perancangan seiring dengan pemberian Allah
Hilanglah satu fasa ketika hati rasa gelisah
Kini tiba detik yang rasanya sukar untuk diterjah
Kerana meletakkan diri dalam situasi yang rasanya susah
Kadang-kadang kerana terpaksa kenalah hadapinya juga tanpa rasa payah
Walaupun cinta ditempat dulu baru disemai tak rasa menjauh
Harap kesabaran mengiringi perjalanan yang baru ditempah
Dan harap orang sekeliling menerima tanpa rasa menyampah
Kerana ke destinasi baru biasanya banyak yang menergah
Maklumlah bukan hak milik kita hanya tumpang menjengah
Ada yang menerima ada juga yang kata jauhlah
Itulah manusia didepan bagaikan malaikat saling tak tumpah
Bila dibelakang tak tahu apa yang ditegah
Wahai hati sabarlah dengan ujian Allah
Sejauh manakah kesabaran ini perlu ku tambah
Kadang-kadang sakitnya terasa hingga terbit dilidah
Itulah manusia kekurangan banyak yang perlu diubah
Agar iman sentiasa bertambah tambah
Bagaimanalah nanti saat datang dan pergi nak ditempuh
Moga ada kekuatan hati kekuatan jiwa datang menjengah
Moga datang rezeki yang sentiasa berkunjung menyimbah
Moga impian tercapai untuk memperindahkan dan memenuhi rumah
Bukan niat untuk menunjuk apalagi mendatangkan megah
Tapi sekadar memenuhi tuntutan menjadikannya indah
Ya Allah datangkanlah rezeki dari semua arah
Hanya padaMu Tuhan tempatku berserah
Berikanlah padaku segala apa yang ku tadah
Agar segalanya takkan punah
Walau apa sahaja datang menjengah akan ku berserah tabah



Thursday, December 3, 2009

h
KALAULAH HIDUP SECANTIK KEK
makan sireh bersama pinang
rasa pahit letak dalam pinggan
hati sakit hilang sayang
bila diremuk tanpa alasan
tinggi sungguh pokok ketapang
diambik kera lalu di buang
ragam mertua membuatku bengang
susahnya hidup di rumah orang
sedap sungguh kuih keria
dibeli dari gerai cik siti
orang di sebelah jauh ku rasa
untuk menumpang rasa dihati
cik pah bermain buah guli
bermain dengan adik mat supi
apa guna hanya di sisi
kalau sentiasa tak memahami
cik nor buat biskut suji
beri sedikit pada su pah
kalau selalu rasa terpuji
orang mendengar jadi menyampah
orang indon buat kerja
buat dengan berhati-hati
kalau rasa kaya harta
kayakanlah juga jiwa dan hati
tutup pisang dengan kain
takut dimakan oleh cik ti
sebelum ajar orang lain
ajar dulu anak sendiri
abang hasan ajak menari
menari disco disubuh hari
sebab itu menantu lari
sakit jiwa sakit hati
buat acar diletak cuka
letak sebentar atas pemanggang
awak dulu dah terasa
cam mana perit ditanggung
batik dibeli dari jawa
lawo sungguh corak ikan yu
kini saya sakit dijiwa
orang sekeliling buat begitu
adik kenduri masak pulut
masak dengan buah peria
dulu saya kunci mulut
apa saja orang nak kata
buat kek terlebih gula
lalu diberi pada si muthu
kini saya lantang bersuara
terjebak dengan suasana begitu
besar sungguh ikan bawal
buang perut lalu disumbat
kekuatan dan kesabaran masih terkawal
bila doa selalu dipanjat
adik jatuh bibir merah
letak ubat hilang nanah
hanya Allah tempat berserah
tempat segala rintih dan pasrah
buat rempah lalu di pek
untuk dijual pada maya
kalau hidup seindah kek
hari-hari terasa bahagia