TAHUN BERGANTI
BILA SENA KEMBALI BERBUNGA
novel kesayangan rapi disimpanan
setiap orang azamnya pasti ada
setiap tahun diharapkan sentiasa begemerlapan
TEH TARIK KURANG MANIS oleh Jalil Ali
membacanya buatku tersenyum geli hati
2012 diharapkan bertambah-bambah rezeki
dari segenap sudut dalam pelbagai situasi
ANAKKU SOLEH ANAKKU HEBAT
ditulis oleh Ustaz Zahazan
tahun baru banyak benda yang nak diperdebat
moga segalanya Allah permudahkan
100 TOKOH WANITA TERBILANG
sudah dikhatam berkali-kali
dunia kini sudah tunggang langgang
hadapinya dengan rasa takut sekali
AKU TERIMA NIKAHNYA memberi pelbagai rasa
dari anak dara sampailah dah berumahtangga
menghantar anak ke sekolah ternama berlumba-lumba
kadang-kadang sampai terlupa cara tarbiahnya!
MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT
buku hebat panduannya lengkap
kediaman tersergam hebat di lereng bukit
tapi sayang cara hidup Islam tidak diserap
buku TEROKAI COKLAT oleh Chef Amir
ditunjukkan cara senang nak cuba
fesyen moden kononnya gah nak di pamer
jahilnya dia tentang aurat sempurna
PTS terbitkan KAMUS AL-QURAN
membacanya hati rasa tenang dan aman
amalan ziarah kini sudah ditinggalkan
ditunggunya dulu surat jemputan
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
wajib dibaca dijadikan panduan
acara nyanyian banyaklah sangat
artisnya pula bagaikan cendawan
MEMBINA HATI CEMERLANG
buku motivasi mendidik jiwa
dugaan Allah banyaknya datang
menguji hamba bagaimana menerima
EKSPERIMEN SAINS BELAKANG RUMAH
boleh dibaca bagi yang berminat
ramai anak-anak lupa jasa ibu ayah
lupa mereka yang mencurah keringat
ISLAM DALAM SABDA
ditulis oleh Dr Hayei Abdul Sukor
ibu ayah kini sibuk sangat bekerja
nak mendidik anak pun jadi terkubur
CINTA DAN RINDU MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH
seronok baca kerana banyak syair cinta duka
institusi keluarga pun banyak lemah jatuh rebah
hilang ikhlas lupa cara memberi dan menerima
IHYA' 'ULUMUDDIN karya Imam Al-Ghazali
karya agung mesti dicari wajib dimiliki
Allah memberi peringatan dalam pelbagai tragedi
tapi sedihnya ramai lagi manusia yang buta tuli
PENDIDIAKN ANAK-ANAK DALAM ISLAM
buku terbaik mendidik anak jadi insan
lupa Allah lupa juga kejadian siang malam
tunggu nanti apa balasan yang Allah sediakan
NIAT DAN IKHLAS YUSUF AL-QARDHAWI
pengajarannya banyak walau bukunya nipis sekali
2012 dan seterusnya moga Allah sentiasa memayungi
sentiasa muhasabah dan perbaiki kelemahan diri